Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi June 16, 2023 @ 9:00pm

Ramai Luah Rasa Senang Mizz Nina Bertemu Jodoh Dengan Essam Muhammad – “Dia Berhak Bahagia”

Usahawan dan aktivis kemanusiaan Mizz Nina semalam tampil mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan dia kini sudah berkahwin bersama pilihan hatinya iaitu penyanyi asal Amerika Syarikat (AS), Essam Muhammad, baru-baru ini.

Ternyata berita gembira tersebut menjadi bualan ramai sehingga jejaka pilihan Mizz Nina itu kini sohor di platform media sosial.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, rata-rata meluahkan rasa senang apabila bekas isteri kepada penyanyi, Noh Salleh itu bertemu jodoh dengan jejaka berketurunan Maghribi itu.

Menjengah di media sosial, ramai mengucapkan tahniah kepada pasangan sama cantik sama padan itu sekali gus membuatkan ramai teruja dengan pernikahan mereka yang serba sederhana.

Malah ada juga yang mengagumi keperibadian Mizz Nina yang sentiasa menjaga privasi peribadinya.

Tidak terhenti di situ, ada juga menyifatkan Mizz Nina berhak memiliki kebahagiaan selepas berdepan episod kekecewaan dalam perkahwinan sebelum ini.

Semalam Mizz Nina atau nama sebenar, Shazrina Azman, memaklumkan majlis pernikahan mereka dibuat secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga dan sahabat rapat pada suku kedua tahun ini.

Untuk info, Mizz Nina mendirikan rumah tangga dengan Noh pada 2 Julai 2011, namun bercerai pada Ogos tahun lalu. Mereka mengambil anak angkat yang diberi nama Musa.

ARTIKEL BERKAITAN: Saling Melengkapi, Mizz Nina Sah Berkahwin Dengan Penyanyi Rap – “Kami Dedikasi Hidup Untuk Dakwah”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 4 Jan 2019

TAHNIAH! Izreen Azminda Kini Hamil

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Anugerah Skrin TV3 pada 2013 itu turut berkongsi sekeping gambar memaparkan imbasan ultra bunyi bayi di kapsyen berkenaan.

Featured Sun, 17 Apr 2022
Hiburan Mon, 23 Feb 2026

Derita Kanser Paru-Paru, Anak Sulung Amyza Aznan Meninggal Dunia

Anak sulung Amyza Aznan meninggal dunia, Al-Fatihah.

Featured Mon, 11 Aug 2025

“Saya Dah Buat Apa Yang Patut, Kuasa Talak Bukan Pada Saya” – Nora Ariffin

Nora menjelaskan, suaminya itu masih mahu mempertahakan rumah tangga mereka.

Featured Fri, 10 Mar 2023
Hiburan Fri, 5 Jan 2018

Rahsia Kekal Langsing Dan Miliki Kulit Cantik

Ozlynn tetap langsing dan wajahnya tiada pernah ada masalah kulit.

Hiburan Mon, 16 Sep 2019

Sambut Hari Jadi Suami…Anzalna ‘Belanja’ Pick Up Line Romantis!

Meskipun tidak seaktif dulu dalam bidang lakonan, kehidupan pelakon jelita Anzalna Nasir masih mendapat tumpuan peminat sehingga kini. Lebih-lebih lagi selepas menimang anak lelaki, Mohamad Eidrees, peminat sentiasa menantikan perkembangan terbaharu bayi comel itu. Sudah […]

Trending Tue, 16 Aug 2022

‘Setiap Manusia Diberikan Ujian Pelbagai Cara’ – Umie Aida Tegur Netizen Mengenai Komen Pada Elyana

Pelakon Datin Seri Umie Aida menegur sikap masyarakat dan pengguna laman sosial terhadap komen yang ditujukan kepada penyanyi Elyana. Hal ini susulan tindakan Elyana yang mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab hingga menjadi bualan hangat […]

error: Content is protected !!