Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi March 2, 2024 @ 8:06pm

AJL38: Ini Pilihan Siti Nurhaliza Siapa Yang Bakal Buat Kejutan

AJL38: Ini Pilihan Siti Nurhaliza Siapa Yang Bakal Buat Kejutan

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi ramalannya siapakah yang bakal mengungguli Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) yang bakal berlangsung esok.

Bercakap kepada XTRA, Siti meramalkan beberapa nama finalis namun memaklumkan dia perlu menonton persembahan kesemua finalis terlebih dahulu.

“Saya pernah jadi juri dulu, biasanya lagu telah dipilih awal. Cuma ketika live, juri akan beri markah mengikut persembahan.

“Tapi wallahualam, kadang-kadang penjurian ni berbeza. Kalau juri berbeza, mungkin cara penjuriannya juga berbeza.

“Dari segi yang ada potensi, pilihan saya Aisyah Retno, Aina Abdul dan Ernie Zakri. Tapi Kugiran Masdo akan buat kejutan. Sebab Kugiran Masdo tu.. dia macam sesuatu juga,” kongsinya kepada pemberita.

Siti berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Kempen Infaq Ramadan Yayasan Nurjiwa pada Sabtu.

Alami dunia Muzikaverse di AJL38 , bersiaran langsung dari Axiata Arena, Ahad, 3 Mac, 9.00 malam, di TV3 & strim juga melalui Tonton.

Dibawakan khas oleh penaja utama, Alha Alfa dan rakan penaja, U Mobile. Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan!, XTRA dan Seismik sebagai rakan digital, serta Hot FM sebagai rakan radio.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 14 Apr 2026

“Saya Memang Ibu Tegas” – Intan Najuwa Akui Garang Demi Didik Lunara, Elak Terlalu Manja

Pelakon, Datin Intan Najuwa mengakui dirinya seorang ibu yang tegas dan tidak teragak-agak untuk memarahi anak sulungnya, Lunara, demi membentuk disiplin sejak kecil. Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa […]

Hiburan Mon, 15 Oct 2018

Sebak Pemergian Bapa, Syafiq Farhain Kongsi Pesanan Allahyarham Saleem

Sebak…Syafiq begitu terasa apabila kehilangan orang yang tersayang.

Featured Wed, 14 Sep 2022
Selebriti Sun, 19 Nov 2023
Hiburan Thu, 27 Sep 2018

‘ Kalau Nak Meninggal…Meninggal Juga,’ Siti Nurhaliza Kongsi Detik Manis Bersama Allahyarham Pak Ngah

Allahyarham Pak Ngah atau nama sebenarnya Suhaimi Mohd Zain pada mulanya disangka seorang yang garang tetapi rupanya…

Trending Wed, 10 Aug 2022
Hiburan Thu, 28 Nov 2019

Perjuang Bahasa Kelabit, Alena Murang Tampil Dengan Midang-Midang

Ini salah satu usaha saya dalam mengekalkan untuk didengari oleh generasi akan datang…

error: Content is protected !!