Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi September 18, 2022 @ 12:52pm

“Dia Kena Bayar Ganti Rugi, Bukan Masalah Saya” – Jamal Abdillah Jawab Dakwaan Roslan Shah

Baru-baru ini tular satu dakwaan oleh penyanyi Roslan Shah yang mendakwa dia terpaksa membayar ganti rugi berjumlah RM33,000 kepada pihak penganjur sebuah pameran susulan penyanyi Datuk Jamal Abdillah membatalkan kehadirannya di saat akhir.

Tampil menjawab dakwaan tersebut, Jamal Abdillah memberitahu dia tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian untuk hadir ke sebuah acara di Singapura susulan dakwaan dia membatalkan kemunculan istimewa di negara itu pada Sabtu.

Jamal juga mendakwa sudah memaklumkan kepada Roslan Shah tidak dapat menghadiri program itu disebabkan terikat dengan komitmen lain.

“Saya masih ingat, ketika dalam perjalanan dari Kuantan ke Dungun bulan lalu, Roslan ada menghubungi saya, pujuk untuk hadir ke acara berkenaan. Saya sudah jelaskan, saya ada konsert eksklusif dengan penganjur di Singapura dan tak mahu ganggu penjualan tiket dengan membuat kemunculan terlalu kerap.

“Lebih sejam kami berbual di telefon, sebelum itu, dia hanya menghubungi staf saya untuk menawarkan jemputan berkenaan tetapi saya tidak pernah memberikan persetujuan. Entah mengapa dia nak tempah hotel, buat iklan dan buat pengumuman di media bahawa saya terlibat.

“Sudah banyak kali saya ulang, tapi itulah, bebal si Roslan ini, dia mahu juga saya datang. Mungkin dia (Roslan) ada agenda sendiri atau mahu kaut keuntungan,” katanya.

Mengulas mengenai ganti rugi yang dinyatakan Roslan, Jamal menegaskan itu bukan tanggungjawabnya kerana sejak awal dia sudah memaklumkan tidak dapat menyertai acara berkenaan.

“Dia kena bayar ganti rugi, bukan masalah saya. Sekiranya saya ada tanda tangan perjanjian maka barulah ia jadi tanggungjawab saya. Saya tidak tahu apa-apa mengenai perkara ini.

“Sudah tentu saya rasa marah apabila orang boleh guna nama saya sewenang-wenangnya,” jelas Jamal.

Sementara itu, Jamal memberitahu dia telah meminta anak lelakinya, Yamani Abdillah untuk tampil mengadakan persembahan di Singapura untuk tidak mengecewakan peminat memandangkan namanya telah disenaraikan sebagai artis yang akan hadir membuat kemunculan istimewa.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 5 Jul 2023

“Terima Kasih Telah Mendukung Saya” – Akaun Instagram Tinggal Satu Gambar, DP Lenyap… Ada Apa Dengan Judika?

Alamak! Judika ok ke tak ni? Hm.. ke ada nak umum berita gembira buat kita semua?

Featured Mon, 30 Jun 2025

Comelnya! Fatima Titip Pesan Kepada Fazura – “I Miss You… But, Please Don’t Cry”

Fazura terkejut apabila anak perempuan tunggalnya, Nur Fatima Aisya sempat meninggalkan pesanan kepadanya.

Hiburan Sun, 31 Mar 2019

Belum Sempat Bulan Madu, Pekin Ibrahim Rancang Bawa Isteri Ke Santorini

Insha Allah kalau ada rezeki masa terdekat, saya akan usahakan…

familuv Thu, 26 Jan 2023

[VIDEO] Buat Trend TikTok Bersama, Reaksi Datin Nur Shahida Terhadap Qadejah Curi Tumpuan – “Mak Dia Pun Confuse”

Semakin menginjak remaja, anak kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, Qadejah Elzahra sering mencuri tumpuan ramai lebih-lebih lagi apabila dia sudah mempunyai akaun TikTok sendiri. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Qadejah […]

Hiburan Tue, 25 Sep 2018

Teruja Dengan Konsert Doa Buat Kekasih, Ramli Sarip Gamit Nostalgia

Konsert Doa Buat Kekasih yang pasti mengimbau memori anda!

Hiburan Tue, 3 Sep 2019
Hiburan Mon, 17 Dec 2018

#Mentor 7: Tiada Penyingkiran Minggu Ketujuh, Lima Protege Ke Separuh Akhir

Lima protege mempamerkan persembahan hebat malam tadi. Siapa agaknya yang layak ke pentas final? Jangan lupa saksikan konsert Mentor 7 separuh akhir pada 23 Disember pada jam 9 malam di TV3. Tak sabarnya!

Hiburan Thu, 30 Nov 2023
error: Content is protected !!