Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 15, 2022 @ 2:28pm

“Saya Sokong 100%, Puteri Sarah Berhak Bersuara!” – ‘Kaki Sondol’ Suami Orang, Ini Pesanan Nad Zainal

Pelakon versatil, Nad Zainal memberikan pandangan peribadi terhadap rakan selebriti yang juga isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana.

Menurut Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 32, dia mengakui akan memberikan sokongan penuh terhadap aktres itu lebih-lebih lagi pada waktu sukar ini.

Mengakui walaupun dia tidak mengenali Puteri Sarah secara dekat, namun aktres itu berhak menyuarakan pendapat dan pandangannya terhadap apa yang dilaluinya selama ini.

” Secara peribadi saya tidak terlalu mengenai Puteri Sarah mahupun suami dan individu ketiga itu secara dekat.

“Tapi, saya tetap memberikan sokongan seratus peratus kepada isteri dan ibu yang teraniaya,” katanya.

Sementara itu, pelakon yang popular menerusi drama Takdir Yang Tertulis ini mengakui akan menghantar pesanan dan kata-kata semangat buat Puteri Sarah supaya sentiasa kuat dan sabar dalam menghadapi  kemelut rumah tangganya itu.

Memetik laporan mStar, Nad enggan mengulas lanjut mengenai status perhubungan rakan selebritinya itu kerana menyifatkan ia terlalu peribadi untuk dikongsikan.

“Saya ini orang luar, tidak berani untuk masuk campur. Biarlah itu masalah rumah tangga mereka. Kita sendiri pun ada masalah masing-masing,” jelasnya.

Nad juga sempat menitipkan pesanan buat  individu ‘kaki sondol’ di luar sana supaya  lebih peka dan sensitif terutamanya dalam memahami perasaan sesama wanita.

Tambahnya, individu ‘kaki sondol’ ini tiada hak untuk mengambil hak orang lain terutamanya apabila seorang lelaki itu sudah mempunyai anak.

Bahkan, sekiranya golongan terbabit nekad untuk memiliki hak yang sepatutnya bukan milik mereka maka, mintalah dengan cara baik dan beradab.

“Sekiranya lelaki itu memburukkan kekasih, tunang atau isteri kena ingat bahawa perkara tersebut tidak semestinya betul. Kalau betul mungkin dia akan berubah dan jangan cuba untuk masuk campur urusan rumah tangga orang lain.

“Ambil kkira semua perkara dan bersedia untuk pergi. Kita tiada hak untuk mengambilnya lebih-lebih lagi bila lelaki itu sudah mempunyai anak.

“Tapi jika ingin berkahwin dengan lelaki tersebut maka minta dengan cara baik. Pergi jumpa keluarga dan katakan sanggup menerima dan menjaga ank-anaknya. Berani untuk hadap semua tu!

“Mungkin ia akan mengambil masa yang lama dan agak sukar tapi… lakukan lah dengan cara baik,” katanya.

Terdahulu, Nad tampil bersama Puteri Sarah dalam satu sesi siaran live di Instagram pelakon itu pada 6 Julai lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:“Kalau Dia Datang Cara Baik, Mohon Maaf & Minta Izin… Mungkin? “- Puteri Sarah Pernah Pertimbang Ira Kaza Jadi Madu

ARTIKEL BERKAITAN:“Kalau Perempuan Dah Sakit Hati, Tumbuk Sampai Tangan Bengkak Pun Tak Rasa Sakit Ye Mona?” Netizen Puji Lakonan Nad Zainal Layak Dapat ‘Standing Ovation’

ARTIKEL BERKAITAN:Hafidz Roshdi Akui ‘Nervous’ Berdepan Nad Zainal – “Tak Tahu Kenapa, Tapi Dia Memang…”

 

Sumber: Mstar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 12 Mar 2018

Isu Selamatkan Anjing, Izzue Islam Ada Alasan Sendiri

Tambah Izzue lagi, masyarakat haruslah lebih prihatin dan membantu haiwan jalanan terutamanya apabila berada dalam kesusahan. Kerana, beliau percaya masyarakat Malaysia sememangnya terkenal dengan sikap prihatin dan belas kasihan

Hiburan Thu, 8 Mar 2018

Bakal Bergelar Bapa, Adam Corrie Akhiri Penantian 10 Tahun

Dengan hashtag #adamcorrie #bakaljadiayah, entri tersebut telah menarik perhatian followers beliau dengan mendapat 44, 513 likes. Tahniah Adam Corrie dan isteri!

Featured Thu, 22 Dec 2022

“Belah Sana Minta Macam-Macam, Funny! Maruah Tak Ada Sebab Duit” – Puteri Sarah Respons Dakwaan Mahu Harta Suami

Amboiiii, sedap mulut ek cakap Puteri Sarah nak harta suami 😵‍💫 She wanita bekerjaya okayyy 🤩🤩

Hiburan Thu, 26 Jul 2018

Tahniah! Comelnya Baby Keempat Pasangan Pelakon Ini

Kata pelakon dan pengusaha hotel butik, Fauzi Nawawi, Lisdawati sepatutnya melahirkan pada 20 Julai lalu tetapi terlewat beberapa hari.

Featured Mon, 6 Apr 2020
Featured Mon, 6 Apr 2020
error: Content is protected !!