Euforia Bola 2026
Kes Mahkamah By: Atiqah Johari February 16, 2024 @ 1:29pm

“Pernah Tengok Beronani, Memang Menangis & Tak Senang Hati” – Pengadu Rasa Berdosa Dengan Suami Layan Ebit Lew

Saksi kesembilan yang juga pengadu memaklumkan kepada Mahkamah Tenom bahawa dia ada mengirim mesej kepada pendakwah bebas, Ebit Lew menerusi Instagram (IG).

Berdasarkan laporan berita Sinar Harian, pengadu turut mendedahkan isi kandungan mesej yang dikirim kepada pendakwah tersebut pada tarikh 14 April 2021 menerusi aplikasi tersebut dalam pemeriksaan utama yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Analia Kamaruddin.

Pendedahan tersebut dibuat ekoran daripada tangkap layar mesej di WhatsApp yang dibacanya satu persatu dan diminta untuk menerangkan maksud mesejnya ‘maaf saya sibuk’ dan ‘sudah mesej di IG’.

Lagi, isi kandungan mesej pengadu dengan Ebit menyatakan bahawa pengadu sudah tidak mahu berhubung dengan pendakwah itu lagi tetapi tidak senang hati kerana rasa berdosa dengan perbuatannya.

“Berdosa sangat pada suami sebab di belakang dia saya layan ustaz, sedihnya. Dulu tengok ustaz, mesti panggil suami tengok sama-sama, abang ikutlah macam ustaz Ebit.

“Sekarang sudah kosong, kadang tengok terbayang yang bukan-bukan. Pernah tengok beronani, memang menangis dan tidak senang hati,” katanya.

Ujar pengadu lagi, Ebit tidak memohon maaf kepadanya kerana melakukan perkara sebegitu.

“Mesej ini cuma nak cakap je, langsung tidak minta maaf dengan saya, sebab pernah buat yang tidak sepatutnya dengan saya, paksa saya bagi gambar macam-macam. Bodohnya saya ikut.

“Yang saya tidak sangka kenapa ustaz, saya pujuk juga hati tengok semua video, tidak apa. Ustaz orang baik tolong orang. Tapi bila dengar ceramah ka apa, memang tidak sangka sangat dah buat macam itu dengan saya.

“Entahlah mungkin pasal saya perempuan dan tidak biasa buat macam itu jadi saya teringat-ingat dan tidak senang hati rasa sangat berdosa.

“Yang sangat sedihnya, dah bawa saya buat macam itu terus buat tidak tahu je. Tidak apa kalau minta maaf dan kita dengan haluan masing-masing.

“Saya kalau ikut sudah tidak mahu langsung mesej atau WhatsApp sebab nak elak benda yang tidak baik itu tapi nak juga luah. Nasib saya lah kan. Dapat simpan benda aib ini. Kalau orang mungkin sudah viralkan, tapi tak apa saya masih fikir lagi ustaz ini orang kenal,” luahnya pada Khamis di Mahkamah Tenom.

Kemudian, pengadu menyatakan jika Ebit meminta maaf kepadanya berkemungkinan tidak membawa kepada tanggapan buruk terhadap pendakwah terkenal itu.

“Tahu tak, saya rasa sangat-sangat menyesal. Kenapalah layan, kenapa kita berhubung, berWhatsApp semua. Kalau dulu idola saja, suka tengok buat kerja itu ini.

“Sekarang kalau boleh tidak mahu tengok, sedih. Kenapa idola itu bawa jadi pendosa,” ujarnya.

Sebelum itu, saksi kesembilan tersebut diarahkan untuk menunjukkan isi kandungan telefonnya kepada mahkamah termasuk kepada barisan peguam dan tertuduh mengenai mesej perbualan bersama seorang pemilik akaun ‘ebitlew’ di dalam Instagram.

Susulan itu, pengadu turut membaca salah satu gambar tangkap layar yang menyatakan bahawa dia sempat membuat tangkap layar termasuk muka Ebit.

“Tiada maknanya ustaz. Syukur saya sempat ‘screenshot’ semua gambar termasuk yang ada muka ustaz. Entahlah, saya tidak juga jahat, tapi sebab cara ustaz buat orang sakit hati, buat macam saya ini pelacur.

“Tidak apalah supaya jadikan pengajaran, tidak nampak baik kat depan je. Kalau ikut suami memang tidak. Tapi cara ustaz ini sakitkan hati orang,” tuturnya lagi.

Untuk makluman, Ebit atau pemilik nama Ebit Irawan Ibrahim, 38, berdepan dengan 11 dakwaan membuat hantaran foto dan perkataan lucah yang membawa maksud mengaibkan kehormatan mangsa menerusi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 berdasarkan Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Sidang perbicaraan tersebut dikendalikan oleh Nor Azizah Mohamad dan Analia sebagai Timbalan Pendakwa Raya.

Ebit diwakili oleh Datuk Ram Singh dan Timothy Daut manakala Nur Asyraf Zolhani sebagai Majistret.

Sumber: Sinar Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 2 Aug 2019

Terhempas Dari Tingkat 5 PPR Kerinchi, Ada Yang Cedera

Pintu lif terbuka dan terhempas ke bawah sebelum melangkah keluar !!

Trending Mon, 8 Oct 2018

唐老鸭84岁生日周边商品满出来!

今年9月6日正是唐老鸭的84岁生日,迪士尼因此推出众多周边商品,绒毛抱枕到录音带行动电源,至今都还买得到唷!

Hiburan Mon, 11 May 2026

Shila Amzah Akui Minat Fauziah Latiff Sejak Kecil, Terkilan Tarikh Konsert Bertembung – “Saya Tahu Hampir 90 Peratus Diskografi Beliau”

Shila turut berterima kasih kepada Fauziah kerana menjadi antara penyanyi yang banyak mencorakkan memori zaman kanak-kanaknya.

Trending Fri, 28 Jan 2022

“Hadiah Anniversary Sampai Lambat” – Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Pertama, Ayda Jebat & Nabil Mahir Beli Banglo 3 Tingkat

Pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir menyambut ulang tahun perkahwinan pertama mereka pada 1 Januari lalu. Bersempena tanda ingatan menyambut hari bahagia, Ayda dan Nabil membeli banglo tiga tingkat sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan. […]

Events Tue, 14 Jun 2022

Yakin Mahu Ganti Justin Bieber Buat Konsert, Iqbal Zulkefli Dicemuh Netizen – “Saya Syorkan Pendam Je Bakat Tu”

Alahai netizen pun, Iqbal bergurau je tu 😂 Tapi kalau betul Iqbal nak ganti Justin Bieber korang nak pergi tak konsert? 🤪

Featured Thu, 23 Sep 2021

“Memang Sebab Pertahankan Agama Atau Dendam & Dengki?” – Netizen Persoal Niat Pihak Tertentu Didakwa Dedah Aib Ebit Lew

Isu video tular melibatkan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL) mendapat perhatian warganet yang mempunyai pelbagai pandangan. Terbaharu, sebuah video yang dikongsi oleh pendakwah bebas, Firdaus Wong bersama penganalisis jenayah terkemuka, Kamal Affandi di laman […]

Hiburan Sun, 31 Dec 2023

Bukan Senang Nak Istiqamah, Umie Aida Ingatkan Artis Jangan Tinggalkan Akhirat – “Kalau Fokus Indusri Sahaja, Kita Goyang”

Terima kasih Datin Seri Umie Aida buka peluang kita beramal dan mencari ilmu melalui Musollah Aisya, Alhamdulillah🤲🏻

error: Content is protected !!