Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi September 8, 2023 @ 2:01pm

Gagal Berubah, Wanita Dedah Video Bekas Suami Dakwa Anak Abby Abadi ‘Terkejar’ Nak Balik Ke Pangkuan – “Aslam Tak Kuat Lawan…”

Heboh di platform media sosial berhubung Marissa Dania Hakim iaitu anak kepada pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi dikahabarkan menjadi punca keretakan rumah tangga individu dikenali sebagai Misya. 

Terkini, Misya berkongsi video bekas suaminya, Aslam mendakwa Marissa ‘mengejar’ untuk kembali ke pangkuannya selepas dirinya bernekad untuk berubah dan menjadi bapa yang baik kepada dua anak. 

Aslam mendedahkan perkara tersebut ketika bertemu dengan ahli keluarga Misya. 

Jelas Aslam, dia sudah sebulan lebih cuba untuk berubah namun tidak berjaya selepas Marissa datang kembali dan mengakui perkara tersebut adalah kelamahan dirinya sendiri. 

“Sekarang ni Aslam nak main nama Allah pun tak boleh, semua tak percaya Aslam lagi dah, nak minta maaf pun dah tiada guna.

“Tapi apa yang Aslam boleh cakap, semua ni selepas semua terjadi tu Aslam memang bernekad nak berubah.

“1 bulan lebih macam tu dia datang balik kejar-kejar, Aslam tak boleh la itu kelemahan Aslam. 

“Aslam tak boleh nak lawan kelemahan sendiri,” ujarnya. 

@xtra_my

♬ original sound – XTRA – XTRA

Sebelum ini, tular ciapan dimuat naik oleh Misya di platform X mendakwa Marissa menjadi ‘penyondol’ rumah tangganya sehingga bercerai. 

Bukan itu sahaja, Misya turut memuat naik bukti resit tempahan hotel pada Jun lalu dibawah nama e-mel Marissa Dania Hakim. 

Bagaimanapun, Abby Abadi mempertahankan anaknya itu berdasarkan beberapa hantaran di Instagram Story (IGs).

Artikel Berkaitan: Baru Berusia 18 Tahun, Anak Pasangan Artis Terkenal Dengan Imej Muslimah Didakwa Jadi Penyondol… Siap Check-In Di Hotel?

Artikel Berkaitan: Isu Anak Artis Berusia 18 Tahun Didakwa Jadi Orang Ketiga… Kakak Mangsa Tampil Beri Bukti Rakaman Audio! Dakwa Penyondol Pernah Bersumpah, Siap Junjung al-Quran

Artikel Berkaitan: “Siapa Yang Bersumpah Dan Junjung Al-Quran? Cerita Tu Bagi Jelas” – Abby Abadi Berang, Perjelas Kenyataan Kakak Mangsa Penyondol

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 26 Sep 2022

[VIDEO] “Girlfriend Baba Ke Mommy Lagi Cantik?” – Soalan Cepumas Sharnaaz Ahmad Pada Jebat Jayden Mencuit Hati Netizen

Bijaknya Fiderman ni!! Geram min 🤪 Kemain lagi kawtim dengan Baba ek Jebat hehehe 🥰🤣

Hiburan Tue, 16 Jun 2026

“Dahsyat Betul Membenci Saya…” – Khairul Aming Terkilan Ada Yang Menanti Kejatuhannya

Menurut Khairul, dia terkejut melihat ada pihak yang terlalu cepat membuat kesimpulan dan seolah-olah menantikan kegagalannya.

Events Sun, 7 Oct 2018

It’s Breast Cancer Awareness Month! Do You Know How to Check Your Breasts?

Early detection is vital in prevention breast cancer.

Featured Fri, 24 Feb 2023
Trending Fri, 25 May 2018

小女娃「丰盛茂密头发」全家人都被她的头发萌哭

这名来自澳洲雪梨的「小女娃」Alexis Bartlett刚满6个月大,她从一出生就是大家的焦点,因为她有着一头非常茂盛的秀发,出门在外常常吸引路人的目光。

Trending Tue, 28 Apr 2020
error: Content is protected !!