Hiburan By: SGMS Fas March 15, 2018 @ 12:02am

“Cuba Rampas Suami Saya, Tengok Apa Jadi”‘

Pelakon Rozita Che Wan atau lebih popular dengan panggilan Che Ta dikenali ramai sebagai seorang wanita yang vokal.

Apa sahaja yang terbuku di dalam hatinya Che Ta akan meluahkannya secara jujur tanpa berselindung di sebalik ayat-ayat manis.

Terbaharu Che Ta, 45,  dikatakan rela mengganyang mulut sesiapa wanita yang berani merampas buah hati penggarang jantungnya, siapa lagi jika bukan suaminya, pelakon Zain Saidin, 34 tahun.

Kredit; IG Rozita Che Wan.

Memetik laporan Berita Harian, Che Tak berkata, ‘”Kalau perempuan itu berani, cubalah! Saya akan koyakkan mulut dia.”

Reaksi tersebut diluahkan Che Ta bagi menjawab pertanyaan berhubung isu poligami dan sekiranya ada pihak yang menggugat kebahagian rumahtangganya.

Daripada perbualannya, jelas menggambarkan Che Ta tidak setuju dan puas hati terhadap golongan wanita yang merampas suami orang.

Kalau ada pilihan untuk mengahwini lelaki bujang, mengapa perlu mencari suami orang? Saya memang tak boleh terima, “ ujar Che Ta yang baharu sahaja dilantik sebagai duta Tunas Homes dan Tunas Boulevard di Kuala Lumpur semalam.

Pemilik nama sebenar, Rozita Abu Bakar ini pernah  memuat naik status di laman sosialnya yang berbaur sindiran terhadap golongan wanita yang merelakan diri menjadi orang ketiga.

Che Ta berkahwin dengan Zain Saidin pada 3 Disember 2013 selepas hidup sebagai ibu tunggal selama 10 tahun.

Mereka mempunyai seorang anak perempuan comel, Aaisyah Dhia Rana, 3, manakala Che Ta sendiri mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan pertamanya  Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 6 Apr 2023

Seronok Dapat Uruskan Anak-Anak, Elfira Loy Luah Rasa Syukur – “Tak Semua Mampu Rasa Peluang & Rezeki Seperti Ini…”

Beruntungnya EL.. Alhamdulillah. Salah satu nikmat paling bahagia buat para ibu ❤️

Hiburan Thu, 21 Feb 2019

邕圣祐323来马!个人大马粉丝见面会

邕圣祐3月23日来马举办《Eternity》个人首次大马粉丝见面会。

Hiburan Sun, 18 Feb 2024
Hiburan Tue, 14 Nov 2023
Hiburan Mon, 8 Jul 2019
Featured Tue, 2 Apr 2024

“Memang Tak Ada Rupa Manusia Kalau Dapat Ni”- Neelofa Panas Hati, Titip Komen Isu Pengasuh Biadab Dera Kanak-Kanak

Mau tak geram! Kalau tengok budak tu kena pukul hati ni pun auto panassss je tengok maid dia🔥🔥🔥

Hiburan Thu, 31 Oct 2019

Penyanyi Popular Ini Sebenarnya Protege Black?

Jangan lupa saksikan Mentor Milenia 2019 Ahad ni tau?