Featured By: Aqilah Paharuzi April 6, 2023 @ 12:47pm

Seronok Dapat Uruskan Anak-Anak, Elfira Loy Luah Rasa Syukur – “Tak Semua Mampu Rasa Peluang & Rezeki Seperti Ini…”

Pelakon, Elfira Loy meluahkan rasa syukur atas rezeki dan peluang yang diberikan dalam menguruskan anak-anaknya meskipun kadang kala sibuk bekerja.

Menerusi hantaran di Instagram, aktres drama rantaian Di Sebalik Kasyaf ini memuat naik luahan hatinya berhubung perkara tersebut.

Menurut Elfira, dia menyedari tidak semua para ibu dikurniakan rezeki unruk menjadi suri rumah walaupun separuh masa.

“Saya rasa paling bahagia bila dapat siapkan anak pagi-pagi. Masak diorang makanan, tunggu diorang balik sekolah dengan ayah. Tidurkan diorang. Alhamdulillah for this rezeki.

“Saya sedar, tak semua orang yang mampu untuk ada masa macam ni. Kalau awak ada, tolong hargai dan abadikan momen itu,” tulisnya.

Dalam masa yang sama, ibu anak dua ini turut sempat memberi pesanan kepada pengikutnya untuk mencari titik kesyukuran dalam hidup mereka waima dalam apa jua perkara sekalipun.

“Apa-apa pun keadaan yang kita tengah lalui, itu semua untuk kita. Kita cuma kena cari titik kesyukuran dalam apa sahaja bentuk keadaan yang Allah bagi.

“Dalam masa yang sama, cari jalan macam mana untuk buat perjalanan indah ni menjadi lebih baik. Barulah hari-hari yang awak lalui tu akan menjadi indah sikit,” katanya lagi.

Sekadar info, Elfira mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Faris Khairol Anuar tangga dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Rayyan Khalaf dan Nur Aria Mikayla.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 15 Aug 2023
Hiburan Wed, 17 Apr 2019
Events Mon, 16 Mar 2020

[VIRAL] “Ya, Mulut Pemandu Itu Berbau Alkohol” – Drama Band Terlibat Kemalangan

Ya Allah, dah lah langgar orang, siap boleh lari dengan teman wanita plak tu

Trending Sat, 27 Jan 2018

Maut Jatuh Dari Zipline Dan Mayatnya Dibuang

Pelancong Maut Jatuh Dari Zipline Dan Mayatnya Dibuang Ke Dalam Sungai Oleh Pengusaha Sukan Lasak Itu

Trending Sat, 15 Jun 2019

Kerana Popular Belanda ‘Tertekan’ ?

Pelancong datang melancong boleh tertekan kenapa ya?

Fab Foodies! Tue, 24 Jul 2018

Jamu Untuk Ibu Mengandung Memang Wujud Ke?

Maka, semaklah terlebih dahulu tentang sesuatu ubatan tradisional dengan merujuk doktor, klinik, badan profesional, atau Portal Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Hiburan Fri, 5 Apr 2019

Nelydia Senrose Kahwin Esok?

Selamat Pengantin Baharu Nelydia & Hafiz!