Events By: Salma Syahbuddin March 16, 2020 @ 9:00am

[VIRAL] “Ya, Mulut Pemandu Itu Berbau Alkohol” – Drama Band Terlibat Kemalangan

Anggota kumpulan Drama Band, Aepul Roza menerusi muat naik diakaun Twitter dan instagram miliknya sempat berkongsi keadaan terkini anggota Drama Band yang terlibat dalam satu kemalangan melibatkan kereta pacuan empat roda yang dinaiki mereka ketika dalam perjalanan dari Kedah ke Pulau Pinang bagi tujuan promosi bergerak Drama Band.

“Alhamdulillah kami selamat dan hanya cedera,” kata penyanyi kumpulan Drama Band, Aepul Roza mengulas keadaan terkininya bersama anggota yang lain”

“Kejadian berlaku pada 1.30 pagi. Ketika kami dalam perjalanan dari Kedah ke Pulau Pinang. Malam sebelumnya kami buat persembahan di Alor Setar untuk rangka promosi bergerak Drama Band. Kami bergerak secara perlahan-lahan dan bukanlah tergesa-gesa,” Katanya.

Menurut vokalis kumpulan itu juga, kemalangan berlaku sebaik mereka melalui tempat kejadian iaitu di terowong Jalan Tunku Kudin. Apabila sebuah kereta Vios mengambil selekoh dan memandu dengan laju sehingga mengakibatkan kemalangan.

“Sebuah kereta jenis Vios warna putih ambil selekoh dengan laju dan hampir melanggar kereta yang dinaiki oleh Faeez, Omei dan Adib. Bagaimanapun saya, Daus dan Padel yang menaiki kenderaan berasingan, kurang bernasib baik apabila dilanggar kereta terbabit.

“Selepas kejadian, kami segera keluar jumpa pemandu kereta Vios itu dan mendapati mulutnya berbau alkohol,”Jelasnya.

Apa yang lebih mengejutkan, Aepul juga memberitahu pemandu terbabit sempat melarikan diri bersama teman wanitanya tanpa disedari oleh ahli kumpulan yang lain.

Namun, laporan polis telahpun dibuat dan ahli kumpulan yang lain cuma mengalami kecederaan ringan sahaja. 

“Laporan polis pun dah dibuat. Kami cuma cedera dan tak pergi hospital. Malam ini kami tetap akan beraksi untuk promosi bergerak Drama Band di Pulau Pinang. Kereta kami pun dah dihantar balik ke Kuala Lumpur untuk dibaiki”.

Apapun, kita doakan supaya kejadian seperti ini tidak berulang lagi. Dan, kita juga berharap agar pemandu yang tidak bertanggungjawab itu tadi sedar kesalahan beliau.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Thu, 11 Aug 2022

Syamsul Yusof Terkilan Dengan Finas, Didakwa Tidak Proaktif

Syamsul Yusof terkilan dengan cara FINAS mengendalikan isu.

Automobile Sun, 17 Mar 2019

Jom Sertai Bazaar Selebriti Festival GT Asia Di Sepang F1

Festival perlumbaan ini turut menyaksikan 30 buah jentera lumba GT dari serata dunia dengan ganjaran hadiah wang tunai bernilai RM5.45 juta (RMB 9,000,000)!

Featured Tue, 5 Dec 2023
Featured Sun, 16 Apr 2023

Anna Jobling Perjelas Isu Beli Kereta Tanpa Lesen Memandu – “Saya Perlukan Hari Untuk Settle Lesen Lepas Raya Nanti!”

Pelakon Anna Jobling mengaku sebelum ini dia membeli sebuah kereta jenis Honda CR-V berwarna hitam atas dasar mahu memiliki komitmen bulanan agar lebih berdisiplin dalam menguruskan kewangannya walaupun masih tidak memiliki lesen memandu. Namun, itu tidak […]

Hiburan Thu, 9 Feb 2023