Hiburan By: Fatin Nurain November 5, 2023 @ 11:30am

Hafiz Suip Dedah Punca Warna Rambut, Sedar Beri Pengaruh Kurang Baik Pada Anak – “Saya Terus Botakkan Kepala”

Penyanyi Hafiz Suip tampil mendedahkan punca dirinya tampil berimej rambut berwarna hijau demi mempromosikan single terbaharunya, Terus Bersinar.

Menurut Hafiz, keputusan itu dibuat secara spontan ketika berbincang dengan pendandan rambutnya kerana terpengaruh dengan satu karakter animasi One Piece yang diminatinya, Roronoa Zoro.

Namun, pelantun lagu Masih Jelas itu turut mengakui dirinya mula berasa segan dengan tindakannya dan sempat memohon maaf kepada umum.

“”Sebenarnya bukan hijau tetapi ‘turquoise’ (biru firus). Saya mengaku warnakan rambut sebab mahukan perhatian. Bila dah buat rasa segan juga. Saya mohon maaf kepada warga Malaysia kerana perkara itu agak sensitif sebenarnya.

“Saya sedar cuma itulah hiburan. Menjadi lumrah, kalau sensasi baru dapat perhatian, kalau biasa-biasa orang tak ambil tahu,” katanya.

Hafiz bagaimana pun menyatakan imej warna rambut berwarna ‘turquoise’ itu hanya bertahan selama lima hari kerana memberikan pengaruh kurang baik terhadap anak sulungnya, Riyadh Zafri.

“Saya lihat tindakan itu juga mempengaruhi budak-budak terutamanya anak saya yang berumur enam tahun. Dia kata, ‘Bonda, saya pun nak rambut macam ayah.’ Beristighfar saya masa itu.

“Saya faham perkara itu salah di sisi agama kita. Saya tidak menghitamkan kembali warna rambut sebaliknya terus membotakkan kepala. Jadi sekali lagi maafkan saya,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Muncul Dengan Lagu Baru Selepas Lama Menyepi, ‘Terus Bersinar’ Buah Tangan Hafiz Suip Untuk Peminat

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 19 Dec 2018

Sabyan Gambus Gegar Stadium Malawati 12 Januari Depan

Kumpulan terkenal dengan lagu Deen As Salam ini akan menghiburkan peminat dengan alunan selawat 12 Januari depan. Jom dapatkan tiket sekarang!

Trending Sat, 16 Oct 2021

“Pelakon Kurang Followers Pun Kami Okay, Asalkan…” – Penerbit Tak Kisah Jika Artis Tiada Akaun Media Sosial

Pengarah Urusan dan Penerbit syarikat produksi Dream At Work, Muhammad Razlan Ismail tidak mempunyai sebarang halangan untuk menjalin kerjasama dengan pelakon yang tidak mempunyai pengikut yang ramai ataupun artis yang tidak mempunyai akaun media sosial. […]

Featured Fri, 18 Jun 2021

Syafiq Kyle & Mimi Lana Kembali Bersama, Sedia Untuk Berumah Tangga

Pasangan serasi, Mimi Lana dan Syafiq Kyle kembali menjalinkan hubungan cinta setelah berpisah baru baru ini. Menurut Mimi lagi pelbagai perkara berlaku yang mengajar dirinya untuk menjadi lebih matang sepanjang enam tahun menjalinkan hubungan bersama […]