Hiburan By: Khairil Khusyairi October 23, 2023 @ 5:43pm

[VIDEO] Ogy Ahmad Daud & Jamal Abdillah Duet Lagu Sandarkan Pada Kenangan Imbau Fenomena Filem Azura! – “Dua Legend Yang Hebat”

Nama pelakon dan pengarah Fauziah Datuk Ahmad Daud menjadi sebutan ramai di media sosial, baru-baru ini dek kerana sebuah video.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Fauziah atau lebih mesra disapa Ogy memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan dia membuat persembahan.

Apa yang menarik perhatian warga maya adalah persembahannya itu turut dijayakan Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah dalam sebuah konsert baru-baru ini.

Menerusi rakaman berdurasi lebih 40 saat itu, Ogy dan Jamal mendendangkan lagu ikonik iaitu Sandarkan Pada Kenangan nyanyian asal Jamal dan Ogy sendiri.

Ternyata nyanyian Ogy dan Jamal itu menggamit memori ramai apabila lagu tersebut merupakan runut bunyi bagi filem lakonan mereka sendiri yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu iaitu Azura.

Biarpun hampir empat dekad karya itu dicipta, Ogy dan Jamal menyampaikan lagu tersebut dengan baik sekali.

Lebih menarik, ketika membuat persembahan tersebut, paparan skrin pentas turut memaparkan klip rakaman muzik video lagu tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah meraih lebih 70 ribu tontonan dan lebih 500 komen.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja apabila dapat melihat persembahan dua figura hebat itu menyanyikan lagu tersebut.

Malah, video tersebut berjaya membuatkan peminat mengenang kembali filem popular tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 8 May 2018

EXO’s Kai’s Father Passes Away

The family is in the midst of grieving right now.

Trending Fri, 4 May 2018

Desakan Kemiskinan, Makin Ramai Bayi Perempuan Dibunuh!

Ramai ibu bapa percayakan bomoh hingga sanggup membunuh anak mereka. Tapi ramai juga membuat keputusan membunuh bayi mereka kerana terlalu miskin dan kelahiran bayi itu dianggap menyusahkan mereka…

Trending Wed, 18 Nov 2020
Trending Sat, 29 Sep 2018

转起来!宝可梦X卡娜赫拉扭蛋可爱让人融化

两个愿望一次满足,宝可梦又要与超可爱的卡娜赫拉合作啦,而且是冲着扭蛋机来!

Featured Mon, 13 Apr 2020
Featured Thu, 9 Jun 2022
Featured Mon, 3 Jul 2023
Hiburan Fri, 9 Jun 2023