Trending By: SGMS Faida May 4, 2018 @ 2:51am

Desakan Kemiskinan, Makin Ramai Bayi Perempuan Dibunuh!

Sejak awal 2017, seramai 345 bayi ditemui maut dengan 99 peratus adalah bayi perempuan di Pakistan.

Baru-baru ini, seorang kanak-kanak perempuan ditemui dalam keadaan mengerikan apabila kepalanya dilapah lalu dibuang di kawasan pembuangan sampah.

Selain itu, seorang bayi turut menerima nasib sama apabila direjam sampai mati selepas seorang ketua kampung menganggapnya sebagai anak luar nikah apabila dia ditinggalkan ditangga sebuah masjid.

Jurucakap Organisasi Kesejahteraan Chhipa, Shahid Mehmood mendakwa, kejadian pembunuhan terhadap kanak-kanak ini dilakukan kerana percaya pada upacara ritual dan atas desakan kemiskinan.

“Ramai ibu bapa percayakan bomoh hingga sanggup membunuh anak mereka. Tapi ramai juga membuat keputusan membunuh bayi mereka kerana terlalu miskin dan kelahiran bayi itu dianggap menyusahkan mereka,” katanya seperti dipetik Metro.co.uk.

Sementara itu, polisi di Karachi berkata, pihaknya tidak dapat menangkap pembunuh kanak-kanak yang telah menjadi trend di negara itu, selagi tiada aduan dibuat.

“Kami hanya tahan penjenayah atau kumpulan perancang pembunuhan. Kami nasihatkan pasangan di negara ini supaya merancang keluarga supaya tidak berlaku lambakan kelahiran,” katanya.

Sumber: Agensi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 6 Mar 2023
Hiburan Sat, 14 Jan 2023

Bakal Akhiri Zaman Bujang, Afifah Nasir Selesa Tidak Dedahkan Kekasih

Pelakon Afifah Nasir tampil membuat pendedahan dirinya bakal mengakhiri zaman bujang tidak lama lagi. Menurut Afifah, setakat ini dia masih belum mempunyai sebarang tarikh yang tetap untuk melangsungkan perkahwinan tersebut kerana kesibukan bekerja. “Itu saya

#tilljannah Sat, 25 Feb 2023
Featured Wed, 7 Sep 2022
Featured Fri, 27 Jan 2023
Featured Sat, 18 Sep 2021

| Live TV

error: Content is protected !!