Featured By: Salma Syahbuddin January 22, 2022 @ 12:00pm

Kementerian Kewangan Bercadang Lanjutkan Moratorium – Tengku Zafrul

Sama seperti isu pengeluaran Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 secara one-off, isu lanjutan moratorium juga antara topik kegemaran dan harapan rakyat Malaysia.

Oleh itu Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan bahawa pihaknya akan mengemukakan cadangan tersebut kepada institusi perbankan mengenai pelanjutan tempoh moratorium yang dijadual berakhir hujung bulan ini.

“Ini topik yang selalu Yang Berhormat Bagan bangkitkan. Sebenarnya akhir Januari ini habis yang biasa, tetapi untuk banjir ada enam bulan lagi dan tak payah moratorium untuk enam bulan,” katanya ketika menjawab isu berbangkit di Parlimen pada Jumaat.

Selain itu, Tengku Zafrul juga menegaskan akan membangkitkan isu lanjutan moratorium kepada bank-bank berkaitan terutamanya kepada mereka yang terkesan dengan bencana banjir baru-baru ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan peminjam bagi kategori B50 di bawah Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) dapat menikmati lanjutan bantuan bayaran balik sehingga dua tahun lagi.

Manakala, menerusi pakej bantuan moratorium automatik pinjaman selama enam bulan kepada semua peminjam individu tanpa syarat di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

 

 

Sumber : Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Thu, 6 Dec 2018

Kubu Batu Kering, Machu Picchu Dinobat Tarikan Pelancong Terkemuka Dunia

Machu Picchu telah dibina dalam gaya klasik Inca dengan dinding batu kering yang berkilat.

Hiburan Fri, 12 Jan 2018

FARID KAMIL DIREMAN 4 HARI, BANTU SIASATAN

Berikutan kes Farid Kamil yang telah menampar seorang anggota polis dan memukul dua orang awam semalam, Pelakon dan Pengarah Farid Kamil direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan

Hiburan Tue, 25 Jun 2019

‘Kawan Segan Nak Berlawak Dengan Saya Sebab…’- Thai Kongsi Pengalaman Selepas Berhijrah

Pengarah Terbaik di Festival Teater Kuala Lumpur 2005 ini turut berkongsi kisah di mana ada di antara rakan-rakan lama yang segan ketika duduk semeja. 

Hiburan Sat, 29 Sep 2018

Lepas Aliff Syukri Nyanyi Nasyid, Sajat Pula Nak Bina Masjid

Alhamdulillah, semoga masjid yang dibina ini mampu menyucikan hati-hati netizen diluar sana

Hiburan Tue, 1 Oct 2019

Elfira Selamat Melahirkan Bayi Lelaki!

Alhamdullilah. Tak sabar nak tengok baby Elfira dan Faris!

Featured Fri, 24 Mar 2023

| Live TV

error: Content is protected !!