Hiburan By: Atiqah Johari November 7, 2023 @ 4:55pm

Pesta Paling On Fire! SEARCH, WINGS, A.C.A.B, BUTTERFINGERS & HUJAN Line Up ‘Borneo Rock Festival 2023’

Borneo Rock Festival 2023 tampil dengan tema Budaya Popular dan Kontemporari dengan pelbagai perkara yang mengujakan.

Bukan hiburan semata-mata, Borneo Rock Festival akan meninggalkan impak dan momen terbaik kepada pengunjung.

Festival ini direncanakan berlangsung pada 30 Disember 2023 di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah, pengunjung akan mendapat pengalaman dan ilmu baharu yang tidak pernah diperoleh dalam penganjuran lain.

Di Borneo Rock Festival 2023, penganjur mewarnai ia dengan gabungan pelbagai jenis seni sekaligus mengangkat budaya unik Sabah yang barangkali kurang diberi perhatian sebelum ini.

“Selaku penganjur kami sangat berbesar hati untuk merangkumkan antara seni dan budaya lalu membawa tema Budaya Popular Dan Kontemporari dalam Borneo Rock Festival 2023.

“Kami mahu Borneo Rock Festival bukan hanya menjadi pesta yang dianjurkan dan mudah dilupakan tetapi mahu menjadi tanda aras terhadap penganjuran festival yang bukan hanya meletakkan hiburan semata-mata tapi perlu memberi ilmu juga tentang seni dan budaya masyarakat setempat.

“Harapan kami agar Borneo Rock Festival 2023 mencapai matlamat sekaligus boleh diteruskan penganjurannya pada masa akan datang sebagai medium buat generasi masa kini menikmati hiburan berkelas,” ujar Dato’ Abdul Rahim dari Imika_culture penganjur Borneo Rock Festival 2023.

Lebih menarik, Borneo Rock Festival 2023 menampilkan 30 band terkenal yang akan membuat objektif penganjuran festival ini mencapai matlamat.

Search, Wings, A.C.A.B, Hujan, Butterfingers menjadi tarikan utama Borneo Rock Festival 2023.

“Sesuai konsep Borneo Rock Festival 2023, kami bawakan band-band ikonik bagi mewakili generasi muzik penggemar.

“Search dan Wings adalah dua kugiran gergasi yang rasanya ‘berdosa’ untuk tidak dijadikan line up utama Borneo Rock Festival.

“Kami juga membawakan the one and only Butterfingers dan the legendary A.C.A.B khusus buat fanatik mereka di Borneo.

“Hujan pula sudah punya berlapis generasi peminat dan tentu saja nama mereka juga besar di sini,” katanya.

Vokalis Search, Amy, menyifatkan penganjuran Borneo Rock Festival 2023 sebagai inisiatif yang cukup baik daripada anak tempatan dalam menyatukan seni serta budaya untuk dihayati oleh pengunjung.

“Search sangat tertarik dengan konsep Borneo Rock Festival 2023 yang bukan hanya mengangkat muzik rock sebagai ‘jualan utama’ tapi juga memberi peluang kepada band lokal dan komuniti seni serta budaya yang ada.

“Apa lagi melihat geng line up seperti Wings, A.C.A.B, Butterfingers dan Hujan, tentu Search berasa terhormat untuk menghiburkan terutama buat peminat di Borneo,” ujar Amy.

Bersama dengan enam band tersohor ini, Borneo Rock Festival 2023 tidak akan lengkap tanpa persembahan anak-anak lokal.

Maka Amef, Mahkluk, Silversun, Suka Suki, Markaz79, Beyond My Rage, Dita Darcia, Gutaeters, Measmata dan Melodychain akan menambah kehangatan Borneo Rock Festival 2023.

Juga seperti dijanjikan Borneo Rock Festival 2023 bukan hanya kerana hiburan sebaliknya di festival ini pengunjung boleh menikmati pelbagai keseronokan lain termasuk pameran permotoran, pengalaman menonton wayang pacak, menyertai pertandingan memasak serta menikmati kraf tempatan.

Untuk merasai sendiri pengalaman ini di depan mata, jangan lepaskan peluang menikmati Borneo Rock Festival 2023 yang akan berlangsung di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah pada 30 Disember 2023.

Dan tempah tiket anda, General (Early Bird – RM79), (Normal – RM99), Rock Zone (Early Bird – RM99), (Normal – RM129) serta RM300 untuk Grandstand.

Dapatkan segera tiket menerusi www.ilassotickets.com atau hubungi talian hotline +6011 1329 7822.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 5 Mar 2019

Kami Masih Mencuba Mungkin Bukan Rezeki Kami Lagi

“Kami sentiasa mencuba untuk mendapatkan zuriat dalam rumah tangga kami. Namun dalam masa yang sama saya percaya dengan ketentuan Allah.

Trending Fri, 13 Apr 2018

Parodi Dukun Rendang Ayam Crispy, Ubati Rindu Peminat Jihan Muse

Selepas sekian lama berehat untuk melahirkan cahaya mata sulungnya, pelawak dan pengacara Jihan Muse kembali menjayakan Parodi MeleTOP.

Sinonim dengan segmen berkenaan, Jihan beraksi menghidupkan watak utama dalam filem Dukun yang diterbitkan oleh Astro Shaw.

Trending Fri, 29 Oct 2021

“Dapat Tersenarai Pun Saya Sangat Bersyukur” – Baru Bertapak Dalam Industri Hiburan, Aliff Iskandar Tercalon Top 5 ABPBH 34

Penyanyi dan komposer muda, Aliff Iskandar bersyukur kerana namanya lolos calon Top 5 Artis Baharu Lelaki Popular dalam Anugerah Bintang Popular BH 34 (ABPBH 34). Menurut artis naungan Indigital Music ini, dia tidak menyangka namanya […]

Events Thu, 21 Feb 2019
Featured Thu, 1 Sep 2022

Terpaling Juara: “Kita Jangan Fikir Negatif” – Fauziah Latiff Hormati Penyanyi Senior & Junior

Tidak kira senior atau junior, masing-masing ada kekuatan tersendiri!

Hiburan Thu, 4 Oct 2018

Isteri Tidak Lagi Bertudung, Ini Jawapan Ikhlas Nabil Ahmad

Kalau paksa sangat pun, saya rasa tak kena juga sebab kalau boleh, biarlah dia sendiri yang ikhlas untuk berhijab.

Events Fri, 15 Feb 2019