Trending By: Padin September 16, 2023 @ 2:34pm

Berarak Kibar Jalur Gemilang, Gunting Rambut Sepantas Kilat Di Bukit Bintang Cara Unik Raikan Hari Malaysia

Membawa mesej kecintaan kepada negara sempena merayakan sambutan Hari Malaysia 2023, pendandan rambut selebriti, Chez Hamdan beraksi dramatik menggunting rambut sepantas kilat di tengah-tengah laluan sesak lampu isyarat Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Demonstrasi salun di jalanan itu merupakan gimik sempena meraikan ulang tahun pertama ChezKamya Professional dan pada masa yang sama, meraikan Hari Malaysia.

“Demonstrasi ini mengetengahkan konsep “selangkah” ataupun “near-to-them”. Sempena meraikan ulang tahun pertama ChezKamya, kami memilih aktiviti keluar bertemu pelanggan dan pengguna di jalanan. Biasanya pelanggan yang datang ke salun.

“Titik pertemuan bermula di restoran Daigor Sungei Wang dan berakhir di pusat membeli-belah Pavilion. Orang ramai diberikan produk serta baucer secara percuma, selain berpeluang meramkamkan momen photodump di bandar Kuala Lumpur.

“Kami juga memanfaatkan kesempatan ini untuk menyatakan rasa cinta kepada negara dengan mengibarkan jalur gemilang sepanjang berarak. Ia simbolik kepada meraikan Sambutan Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September,” kata Chez.

Berpengalaman 17 tahun di dalam industri dandanan rambut, Chez antara pengusaha salun bumiputera yang kekal relevan kerana prestasi baik dalam kalangan pelanggan.

Sentiasa menyajikan perkhidmatan terkini, jenama ChezKamya cukup dikenali sebagai trendsetter terutamanya kepakaran mewarna rambut serta potongan unik, sehingga menjadi pilihan VVIP dan selebriti tempatan.

“Sempena setahun ChezKamya, kami menambah nilai perkhidmatan di salun, dengan memperkenalkan pasukan barber untuk menarik lebih ramai pelanggan lelaki serta segmen kecantikan, manicure dan pedicure buat golongan wanita.

“Paling penting kadar harga dikenakan sangat berpatutan meskipun servis taraf kayangan. Anda boleh rasai sendiri vibes 5 bintang dengan berkunjung ke salun ChezKamya, “katanya lagi.

Dalam pada itu, selebriti yang juga usahawan terkenal, Erna Elliyana Rosli selaku rakan kongsi ChezKamya mengakui bangga dengan pencapaian yang dikecapi.

“Saya dan Chez Hamdan telah lama bersahabat baik dan ketika negara sedang dalam pemulihan dari wabak Covid 19, kami memikirkan bagaimana kita saling dapat membantu untuk merancakkan semula perniagaan masing-masing.

“Sebagai seorang business woman niat utama saya untuk bersama dengan peniaga-peniaga Islam yang berpotensi besar, kerana percaya kebersamaan dapat memacu perniagaan ke satu tahap yang lebih tinggi sekaligus memperbaiki ekonomi pengusaha-pengusaha Islam.

“Ternyata gabungan Chez dan Kamya saling melengkapi dan pelanggan melihat kami sebagai one stop centre khususnya bagi mereka yang menitikberatkan kecantikan dalaman serta luaran. Sebagaimana tagline sering saya laungkan cantik itu kamu!” katanya.

Tawaran istimewa sempena ulang tahun pertama ChezKamya, pelbagai promosi menarik menanti pelanggan. Antaranya peluang mewarna rambut serendah RM50, promosi khas untuk abang rider hanya RM20 (potong rambut dengan barber).

Termasuk diskaun 50 peratus untuk sesi manicure dan pedicure kepada semua pelanggan saya mendandan rambut di salun ChezKamya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Sun, 5 Jun 2022

“Sampai Turun Berat Badan Saya” – Dr Amalina Bakri Kini Berbadan Dua

Tahniah buat Doktor Nur Amalina dan suami atas kehamilan anak pertama mereka.

Featured Mon, 19 Sep 2022
Featured Wed, 27 Mar 2024

Didakwa Jalin Hubungan Songsang Dengan Rakan Baik, Mimi Fly Perjelas Status Diri

Haaa, siapa cakap Mimi songsang tu baik minta maaf siap-siap!😱

Featured Wed, 5 Oct 2022
Trending Fri, 10 Jul 2020