Trending By: Salma Syahbuddin July 10, 2020 @ 7:35pm

Majlis Agama, Sosial & Rasmi Tidak Lagi Terhad Kepada 250 Orang Bermula…

Penganjuran majlis sosial, agama dan majlis rasmi tidak lagi dihadkan kepada 250 orang bermula 15 Julai ini.

Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan bersetuju menetapkan had maksimum diselaraskan mengikut kapasiti ruang serta pematuhan penjarakan sosial.

“Di masjid sebelum ini kita hanya benarkan setakat satu pertiga daripada keluasan masjid dan rumah ibadat bukan islam. Jadi, untuk menyamaratakan semua sekali. Maka, mesyuarat bersetuju untuk mengehadkan peserta berdasarkan kepada keluasan tempat dengan syarat patuhi SOP” Katanya.

Mesyuarat Khas Menteri-Menteri bersetuju mempertimbangkan semula had maksimum pengunjung dan peserta yang ditetapkan sebelum ini termasuk bagi mesyuarat, perhimpunan, latihan serta jemaah masjid, surau dan rumah ibadah bukan Islam.

” Katakan masjid, tidak perlu lagi satu pertiga jika ada penjarakan sosial satu meter.

” Begitu juga majlis perkahwinan di hotel (dan) dalam dewan itu boleh memuatkan 1,000 dan dengan penjarakan sosial boleh ada 800 orang, maka 800 lah. Jumlah itu berdasarkan kepada keluasan premis berkaitan,” 

Terdahulu, kerajaan bersetuju untuk membenarkan jemaah menunaikan solat Jumaat dan berjemaah dengan jumlah jemaah satu pertiga daripada kapasiti ruang masjid.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 21 Jun 2022
Trending Tue, 28 Jan 2020

‘Virus Nipah’, Ramai Tak Tahu Malaysia Pernah Diserang Virus Paling Berbahaya 22 Tahun Lalu

Virus Nipah pernah meragut nyawa, virus ini rupanya berpunca dari..

Trending Thu, 24 Dec 2020
Hiburan Thu, 11 Aug 2022

Mengakui Kekhilafannya, Eric Fuzi Mohon Maaf Kali Kedua

Eric Fuzi minta maaf secara terbuka kepada wakil media diatas kekhilafannya.

Trending Thu, 12 Nov 2020
Trending Fri, 27 Mar 2020
Hiburan Wed, 14 Feb 2024