Kisah Viral By: Khairil Khusyairi September 6, 2023 @ 12:08pm

Kejam! Gara-Gara Nak Langsai Hutang, Lelaki Durjana Benarkan Rakan R*gol Adik Ipar

Gara-gara ingin melangsaikan hutang rakan punca seorang lelaki membenarkan rakan merogol adik iparnya secara bergilir-gilir di kediaman mereka di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Rabu lalu.

Menurut laporan media, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, siasatan polis mendapati abang ipar mangsa yang berusia 29 tahun itu berhutang dengan salah seorang suspek yang masih bebas.

Tambah Ashari, sebelum kejadian, lelaki itu menghubungi mangsa, 26, supaya tidak mengunci pintu rumah, yang menyebabkan dia dirogol bergilir-gilir ketika sedang tidur

“Abang ipar mangsa ditahan jam 9.30 malam Sabtu di hadapan sebuah restoran di Jalan Rampai Niaga 5, Taman Sri Rampai, Wangsa Maju dan direman enam hari hingga 8 September.

“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 375(B) Kanun Keseksaan (Rogol berkumpulan),” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu supaya menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Siti Fadzilah Ahmad Fisal di talian 017-6240252 atau Hotline Polis 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu, mangsa dilaporkan sedang tidur ‘diserang’ lima lelaki sebelum diperkosa secara bergilir-gilir dalam kejadian pada 3.30 pagi, 30 Ogos lalu.

Mangsa turut diikat tangan dan mulutnya ditutup dengan pita pelekat oleh suspek.

Lebih kejam, perbuatan terkutuk itu turut dirakam suspek sebelum semua suspek melarikan diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Warga Emas Berkerusi Roda & Anak Didakwa Rogol Gadis Bawah Umur Dalam Kereta

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Durjana R*gol Anak Sehingga Bersalin Dipenjara 218 Tahun, Hakim Tegur: “Kamu Tak Fikir Ke Masa Depan Dia Sebelum Buat?”

ARTIKEL BERKAITAN: Inspektor Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Bunuh & Bakar Kekasih Sebab Hamil Luar Nikah, Peguam Dakwa Mental Suspek Tak Stabil

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 12 Dec 2018

Lelaki Maut Dipercayai Jatuh Dari Bangunan Wisma MPK

Mayat mangsa ditemui terbaring terlentang di bahagian belakang bangunan tersebut oleh orang awam

Trending Fri, 1 May 2020
Hiburan Thu, 13 Dec 2018
Events Tue, 13 Nov 2018

Kutipan 7UJUH Cecah RM 600,000 Lepas Lima Hari Tayangan

Raja Mukhriz Raja Ahmed Kamaruddin memaklumkan dia terkejut dengan sambutan penonton setakat ini.

Hiburan Tue, 13 Feb 2018

NEWS OF LEE JOON COMMITTING SUICIDE IS FAKE!

Lee Joon did NOT commit suicide! His agency has released a statement regarding this horrid accusation.

Featured Mon, 23 May 2022

Aplikasi Cari Jodoh ‘Punca’ Kanak-Kanak 12 Tahun Dirogol 

Allahuakbar, 12 tahun dah cari jodoh.. Tak memasal hm