Hiburan By: Salma Syahbuddin December 13, 2018 @ 3:49pm

Tegas Tidak Bermakna Diva – Ernie Zakri

Penyanyi dan guru vokal ini mengakui dirinya kini semakin yakin menyatakan pendiriannya kerana tidak mahu diperkotak-katikkan lagi. 

Mengakui sebelum ini pernah melakukan kesilapan kerana terlalu mahu menjaga perasaan orang lain dan mengakibatkan nama beliau lambat dikenali masyarakat terutamanya dalam industri walaupun sudah bertapak agak lama dalam bidang ini.

Erni, 26 menyedari tindakannya ini akan mengundang kontroversi,  bagaimanapun beliau tetap menegaskan tindakan yang diambil olehnya ini, tidak bermakna beliau mahu berlagak diva atau besar kepala. Tetapi setiap artis kena ada pendirian sendiri.

Sumber : Instagram @erniezakri

“ Setiap penyanyi perlu berani  berkata tidak dan menolak jika lagu yang diberikan tidak menepati kehendak serta jiwa mereka. Dulu saya ingat bakat saya dipinggirkan kerana walaupun sudah lama bertapak tapi masyarakat masih tidak mengenali.

“ Tapi bila fikir semula, itu berpunca daripada sikap saya yang hanya ikut cakap orang lain dan langsung tidak berani untuk berkata tidak.” katanya.

Malah, beliau juga semakin berani untuk menguruskan perjalanan kerjaya beliau apabila kemenangan pada AJL32 lalu sedikit-sebanyak membuka mata penyanyi ini.

” Setiap penyanyi perlu tahu arah kerjaya seni mereka. bukan mebuta-tuliikut kehendak orang lain. Dulu saya hanya mampu menangis dan berkurung dalam bilik meratapi nasib dan mengambil masa yang agak lama untukb erdepan cabaran dalam industri.” Jelasnya.

Terbaru, Erni Zakri baru sahaja melancarkan single beliau berjudul Ku Bersuara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 7 Apr 2019

Bolot Enam Anugerah, Nur Menang Besar Di DFKL 2019!

Tahniah buat semua pemenang DFKL 2019, jumpa lagi tahun depan…InshaAllah!

Featured Sun, 20 Jun 2021

“Better Stop Kalau Tak Nak Saya Keluarkan Kata-Kata Kesat” – Jadi Mangsa Body Shaming, Nabila Huda Bagi Warning! 

Budaya ” body shaming”  di kalangan kita kini menjadi kebiasaan ramai orang tidak kira melalui media sosial atau di luar . Ramai yang tertekan apabila terpaksa berdepan dengan kritikan seperti dikritik  akibat berat badan, dediskriminasi […]

Hiburan Fri, 10 May 2019
Featured Thu, 1 Sep 2022
Hiburan Tue, 23 May 2023
Hiburan Tue, 17 Apr 2018

《偶像练习生》9%出道首张团体照!

中国偶像男团9%(NINE PERCENT)来自选秀节目《偶像练习生》,近来该团飞往美国洛杉矶集训,15日更晒出道后的首张团体照,短短一天时间,就吸引超过26万粉丝留言热议,引发讨论。