Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 8, 2023 @ 12:50pm

[VIDEO] Ummi Nazeera Berang, Tegur Aktres Baru Tiada Adab & Selalu Lambat Ke Set – “Jenis Susahkan Orang Lain Ni Sorry, Saya Tak Nak Berlakon Sama!”

Pelakon popular, Ummi Nazeera mengakui kini bukan sahaja memilih dari segi watak, malah juga dengan siapa dia bakal bekerjasama dalam penggambaran tersebut.

Menjangkau lebih sedekad dalam industri hiburan, Ummi mahu memberi tumpuan kepada ketenangan jiwa ketika berlakon.

“Bukan saja selektif dari segi watak, tapi saya juga selektif dengan siapa nak berlakon sebab di usia begini sebagai seorang ibu saya lebih utamakan ketenangan jiwa.

“Saya dalam industri lebih dari 10 tahun, saya memilih sebab tak nak stress, nak happy happy je..,” katanya.

Mencerita kembali detik menegur seorang pelakon baru, Ummi berkata aktres tersebut mempunyai masalah yang tidak menepati masa penggambaran, sehingga menyusahkan pelakon-pelakon lain terutamanya pelakon senior.

Aktres drama rantaian popular Risik Pada Hati ini berkata, dia tidak dapat menahan diri daripada melenting, terhadap aktres berkenaan kerana seolah-olah tidak menghormati pelakon senior yang penat menunggu aktres berkenaan.

Jelas pemenang pelakon wanita terbaik Anugerah Tonton Drama Sangat 2023 ini, Ummi tidak kisah sekiranya aktres itu menyusahkan dirinya, namun tidak sama sekali kepada pelakon senior.

Ummi Nazeera

Ummi Nazeera Hilang Sabar, Tegur Pelakon Baru

“Saya rasa teruk juga saya marah.. Saya seorang yang sangat senang nak bertolak ansur, saya boleh terima kalau nak menyusahkan saya.

“Cuma kalau menyusahkan pelakon senior sehingga mereka terpaksa menunggu dia, setiap hari lambat.. saya sebagai pelakon senior sikit daripada dia rasa benda ni tak boleh berterusan.

“Nak menyusahkan saya yang masih ada energi ok lagi, tapi ini menyusahkan orang tua.. jadi saya termarah dia dalam nada yang agak tinggi.

“Dia buat benda tu berterusan, jadi saya mengamuk dekat dalam bilik. Saya cakap ‘jangan buat macam ni, sangat kurang ajar’.

“Tapi apa yang bagusnya dia sangat menerima teguran itu, dia tidak melawan dan meminta maaf kepada semua pelakon dan pihak produksi,” katanya ketika ditemu bual bersama Melodi TV3, baru-baru ini.

Sementara itu, Ummi berkata hubungannya bersama aktres berkenaan masih baik dan tidak berbalah, sebaliknya mereka sentiasa bertegur sapa setiap kali bersua.

“Kami tak menjadi best friend, tapi kami tegur ‘hi bye’ saja. Saya masih hormati dia, dan wish her the best,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera)

Ummi Nazeera Beri Nasihat Kepada Pelakon Baru

Dalam masa yang sama, Ummi juga sempat menitipkan pesanan kepada pelakon-pelakon baharu yang mula berjinak dalam bidang lakonan iaitu harus mempunyai adab dalam pekerjaan.

“Pengajarannya, kalau nak kerja jangan susahkan orang lain terutamanya pelakom yang sudah berusia dan saya sangat sensitif apabila melibatkan orang tua.

“Kadang-kadang pelakon baru kalau tak boleh berlakon tu pada saya tak ada masalah, saya juga dulu seorang pelakon kayu.

“Tapi kalau adab tak ada benda tu boleh jadi satu perkara yang sangat besar. Mungkin sebab sebelum ini tak ada orang berani menegur dia. Selepas saya tegur dan dia berubah, jadi kami boleh bekerja macam biasa.

“Kita kena ikhlas dalam apa saja yang kita buat. Sekiranya bukan niat untuk bekerja, tetapi hanya nak jadi terkenal atau nak duit itu tak cukup.

“Tetapi kalau datang menyusahkan orang that is a big no and I don’t want to work with you!,” akhirnya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Senyum Lebar!”- Kru Dedah Disebalik Tabir Babak Hayfa Kena Cerai Talak 1… Netizen Puas Hati Lakonan Mantap Ummi Nazeera!

Artikel BerkaiUmmi Nazeera Takut, Bawa Watak Antagonis Boleh Cemarkan Imej Wanita Bertudung – “Tak Nak Orang Fikir Bertudung Tapi Perangai Jahat!”

Artikel Berkaitan: “Hadiah Paling Manis Sepanjang 16 Tahun” – Ummi Nazeera Teruja Rangkul Trofi Pelakon Wanita Terbaik!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 5 Dec 2023

Sweet! Tular Video Andi Arsyil Tersipu Malu ‘Wish’ Birthday Puteri Sarah

Merah merah muka Andi Arsyil wish birthday Puteri Sarah ya

Hiburan Mon, 19 Aug 2024

Peguam Sahkan Syamsul Yusof Fail Cerai Ira Kazar Pada Petang Isnin

Benar, Syamsul telah failkan cerai terhadap Ira pada petang tadi (Isnin) – Peguam Azmi Rais

Featured Fri, 7 Jul 2023

Aksi Wanita Menari Gelek Depan Orang Ramai, Caprice Tampil Bersuara

Baru-baru ini, tular di laman media sosial TikTok seorang wanita sakan menari gelek semasa menjadi penonton di sebuah rancangan nyanyian televisyen. ARTIKEL BERKAITAN: Menari Gelek Depan Orang Ramai… Aksi Wanita Ini Dikecam, Netizen Dakwa Tiada […]

Featured Mon, 13 Feb 2023

Zara Zya Mengaku ‘Cucuk’ Muka & Bibir Bersebab…

Wow! cucuk tang sana, cucuk tang sini…

Hiburan Tue, 23 Jan 2018

Kena Tahan Reman Lagi!

Siapa pula kali ini kena tahan reman sekali lagi ?

Hiburan Mon, 20 Nov 2023
Hiburan Wed, 18 Jul 2018

Tak Sangka Berat Badan Capai Angka Ideal – Shuk

Pelawak dan pengacara, Syuk Sahar akui telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 7 kilogram dalam masa seminggu sahaja. Tahniah Syuk….

Drama Sat, 8 Mar 2025

Adi Putra Bawa Watak Paling Menyakitkan? Amyra Rosli Terpaksa Menanggung Derita!

Sekam Di Dada, sebuah drama yang bakal menggegarkan emosi penonton di slot Samarinda TV3, bermula 11 Mac 2025

error: Content is protected !!