Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 13, 2023 @ 3:39pm

“Hadiah Paling Manis Sepanjang 16 Tahun” – Ummi Nazeera Teruja Rangkul Trofi Pelakon Wanita Terbaik!

Pelakon versatil, Ummi Nazeera meluahkan rasa teruja selepas pertama kali merangkul trofi pelakon wanita terbaik menerusi Tonton Anugerah Drama Sangat (TADS).

Ummi ketika ditemui berkata kemenangan yang diraih ini adalah antara momen paling manis sepanjang 16 tahun bergelar anak seni.

“Syukur Alhamdulillah, setelah 16 tahun dalam industri seni ini, saya berterima kasih kepada pihak juri, TV3, pengarah Pali Yahya yang sangat percayakan saya.

“Saya rasa manis.. Kemenangan yang sangat manis sebab perjalanan saya sebagai pelakon tak mudah.

“Tidak mudah untuk saya meraih sebarang trofi sebagai pelakon terbaik. Industri tanah air melahirkan ramai pelakon yang sangat bagus. Saya sangat menghormati semua pesaing saya dalam kategori ini.

“Sepanjang 16 tahun, banyak perkara mengajar saya untuk tidak mengambil mudah dalam kerjaya saya. Dengan kemenangan ini, saya akan terus berikan yang terbaik dalam lakonan. Ini adalah satu kepuasan buat saya,” ujarnya.

Sementara itu, ketika disoal sama ada aktres drama rantaian Risik Pada Hati ini pernah terkilan tidak memenangi anugerah sepanjang bergelar pelakon, Ummi berkata perkara tersebut langsung tidak mematahkan semangatnya.

“Terkilan? Saya tak pernah rasa terkilan atau berkecil hati. Cuma saya rasa mungkin saya belum cukup bagus, jadi saya kena bekerja lebih keras.

“Saya berterima kasih kepada suami saya, pengarah saya sebab mereka percayakan saya. Jadi itulah yang membuatkan saya terus maju kehadapan. Setiap kali saya dapat satu projek lakonan, saya akan pastikan untuk beri yang terbaik.

“Misalnya, sebelum mula penggambaran drama Risik Pada Hati, saya mengambil tanggungjawab untuk menyertai kelas lakonan dengan Cikgu Fatimah Abu Bakar. Itulah maksud saya untuk tidak patah semangat sepanjang karier seni saya,” akhirnya.

Ummi berkata demikian ketika ditemui di sidang media Tonton Anugerah Drama Sangat (TADS) yang berlangsung di Putrajajya International Convention Centre (PICC) semalam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 30 Jan 2026
Trending Mon, 25 Nov 2019

Recruiting New Agents! Suit Up With New Ejen Ali The Movie Merchs From CJ WOW SHOP This December!

Ejen Ali Fans! Get excited this December because Ejen Ali The Movie merchs will be available on CJ WOW SHOP with an exclusive price!

Events Mon, 18 Dec 2023
Trending Wed, 9 Oct 2019

Lazada Plans to Take VR and AR into Its New Retail Experience, Soon

In the future, shopping at Lazada will not be just a mere activity; it’ll become an EXPERIENCE!

Hiburan Sat, 14 Dec 2024
Hiburan Mon, 15 Jan 2018

晒与3已故巨星合照 王杰:只剩下我一个了

歌手王杰近日无故被网友咒骂,13日在公开私讯截图并表示要提告该网友后,14日一早却突然将过去所有微博贴文删除,仅留下一则名为「我对得起自己」的网志文章。同日晚间他突然晒出一张​​与梅艳芳、张国荣及陈百强的合照并表示“这张照片四个人之中,只剩下我一个了,一个人会很孤独寂寞的…”

Featured Sun, 1 May 2022
error: Content is protected !!