Trending By: Fatin Nurain April 29, 2024 @ 7:36pm

Alami Kerugian Sebanyak RM100,000, Premis Pejabat Ayu Puteh Dipecah Masuk – “Saya Tidak Tahu Khianat Atau Apa?”

Penerbit Datuk Ayu Puteh mengalami kerugian sebanyak RM100,000 selepas premis pejabatnya, Pencil Pictures Sdn Bhd di Damansara Damai dipecah masuk, pagi tadi.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Ayu menerusi hantaran di Instagram Story (Igs), hari ini.

Menurut Ayu, dia mendapat khabar tersebut oleh pekerjanya sekitar 9.15 pagi selepas melihat pintu premis itu pecah dan ruangannya berselerak.

“Pada jam 9.15 staff call saya cakap meeting cancel sebab office kena pecah dan office dalam tu huru-hara. Tiga unit office semua kena Pecah walaupun lain lain pintu

“Anggaran Cash hampir RM100,000. Kerugian kerosakan tak pasti berapa. Yang pasti peti-peti besi semua dia kopak dan berjaya dibuka. Habis duit cash saya,” katanya ketika dihubungi XTRA.

Kesal dengan perkara itu, Ayu turut menyatakan segala hasil kerjanya musnah apabila Hardisk yang dianggap aset penting syarikatnya telah disimbah air seolah-olah mahu dihapuskan .

“Mereka selongkar habis. Dalam peti semua ‘Hardisk’ saya berterabur dan disimbah Air. Basah semua. seolah nak rosak dan musnahkan.

“Saya tak tau apa kerosakan dan kerugian pasal master Hardisk ni. Kalau rosak 1 master 1 juta atau 2 juta value nya. Tu property Pencil Pictures mata pencarian kami,” jelasnya.

Ditanyakan sekiranya terdapat unsur khianat, Ayu bagaimana pun menyatakan dia tidak mahu membuat sebarang spekulasi sebaliknya menyerahkan kepada pihak berkuasa, Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Saya tak tau nak kata apa. Khianat atau apa. Saya takda buat hal dengan orang.tapi kejadian di office ni teruk. Musnah semua filem filem. CCTV monitor recorder semua di cabut.

“Setakat ini, kes masih lagi dalam siasatan dan statment semua dah bagi. Ni PDRM hantar Forensic dan sedang jalan kan siasatan,” katanya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 3 Feb 2020
Trending Thu, 17 Dec 2020

Penceramah Bebas Ditahan Cabul Ahli Perniagaan Lelaki

Seorang ustaz yang turut bergelar penceramah bebas dipercayai mencabul ahli perniagaan lelaki.

Events Sat, 27 Aug 2022

Kazar Tidak Hadir Malam Gala, Ini Penjelasan Syafiq Yusof – “Kami Invite Dia, Tapi…”

Masing-masing sangat profesional! Tahu untuk bezakan hal peribadi dan kerjaya 😊