Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi May 14, 2024 @ 6:55pm

Raja Farah Mohon Doa Urusan Bersalin Anak Keempat Dipermudahkan – “Dah Tak Lama Dah”  

Pelakon dan pengacara, Raja Farah mencuri perhatian wargamaya di media sosial baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Raja Farah atau nama lengkapnya, Raja Farah Raja Aziz berkongsi foto bersama keluarganya pada Hari Raya lalu.

Dalam perkongsian tersebut, Raja Farah turut berkongsi keadaan terkini kandungan anak keempatnya yang sudah memasuki minggu ke-34.

Pelakon filem Anak Halal itu turut memohon doa daripada semua agar urusan kelahiran nanti dipermudahkan.

“Yes…I know! Raya dah habis! Begitu lah anak dah 3 nak masuk 4 ni…also busy menguruskan urusan-urusan lain juga.

“Alhamdulillah, my pregnancy dah masuk 34 weeks masa I post ni, dah tak lama dah nak bersalin.

“Doakan perjalan pregnancy & bersalin nanti dipermudahkan ya? Aminn,” tutupnya.

Untuk rekod, Raja Farah mendirikan rumah tangga bersama Iskandar Ismail pada 6 September 2015 dan kehidupan pasangan ini diserikan dengan kehadiran tiga cahaya mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Raja Farah Nafi Merajuk, Rindu Nak Berlakon Semula… Kini Fokus Pada Kandungan Anak Keempat

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 23 Sep 2025
TECH Wed, 15 Aug 2018

5 Surprising Jobs Which Uses a LOT of WD-40

Who would have known these people needed the handy lubricant too?

Replicated Draft Fri, 7 Apr 2023

Video tentang makna sebenar Hari Raya buat anak-anak yatim & golongan asnaf ni mesti buat korang sebak..

SATU Syawal adalah hari istimewa yang dinantikan umat Islam seluruh dunia bagi meraikan kemenangan dan bergembira setelah sebulan berpuasa.  Kemeriahan persiapan dan sambutan Aidilfitri termasuk membeli baju raya, bermain bunga api, rumah terbuka dan berkumpul […]

Featured Thu, 2 Dec 2021

Penembak Sekolah Didakwa Menyamar Sebagai Polis, Pelajar Dapat Mengesan Penipuan Dari Perkataan ‘Bro’

Sekumpulan pelajar di Sekolah Tinggi Oxford di daerah Okland, Michigan, Amerika Syarikat dipuji kerana kepantasan dan kecekapan mereka dalam menghadapi keadaan cemas ketika situasi tembakan di sekolah. Situasi ini dipamerkan menerusi sebuah video di TikTok […]

Featured Wed, 14 Sep 2022
Hiburan Mon, 4 May 2026

Belum Ada Diagnosis Tepat, Shahida Akui Tak Tenang Fikir Keadaan Qadejah – “Kalau Betul Sakit Macam Itu, Saya Sanggup Derma Tulang Sumsum”

Shahida tidak menafikan perasaannya yang bercampur baur sehingga terfikir perkara paling buruk

Featured Thu, 16 Mar 2023
error: Content is protected !!