Featured By: Salma Syahbuddin January 22, 2024 @ 1:05pm

[VIDEO] Isu Pembantu Rumah Lari Tinggalkan Bayi Berusia 9 Bulan, Elvina Mohamad Buat Laporan Polis –  “Saya Akan Cari Sampai Ke Lubang Cacing”

Pelakon Datin Elvina Mohamad dan suami mengaku terkilan dan masih mengalami trauma susulan insiden pembantu rumahnya lari dan meninggalkan anaknya yang berusia 9 bulan berseorangan di rumah.

Katanya ketika ditemu bual dalam program Melodi, dia dan suami telahpun membuat laporan polis dan akan menyekat passport milik pembantu rumahnya itu memandangkan dia tidak mahu kejadian sama berulang kembali.

“Bila saya buat report polis sebenarnya banyak kejadian yang dibuat dekat luar sana. Passport dia ada dekat kami, kami nak block passport dia supaya benda ni tidak berlaku pada orang lain. Sebab kalau tidak ambil tindakan dia akan buat benda yang sama dekat orang lain pula.

“Paling terkilan, baru-baru ni kami ada celebrate birthday dia and dia cakap telefon dia rosak… jadi kami belikan telefon baru. kita pun bagi tapi tak sangka dibalas balik macam ni.

“Ini pun kami masih trauma nak ambil maid baru. Tapi kami kerja, tak tahu macam mana nak lalui benda ni lagi. Kami sebelum ni pernah bagitahu kalau nak balik bagitahu tak sangka pulak dia lari macam ni memang kami shaking memang tak boleh fokus,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Hati Ni Masih Sakit Lagi Ye, Dah Banyak Bagi Muka Pun Masih Perangai ***”- Gara-Gara Lari Dari Rumah, Elvina Mohamad Dedah Perangai Sebenar Pembantu Rumah

ARTIKEL BERKAITAN:Elvina Mohamad Luah Rasa Bengang, Pembantu Rumah Lari Tinggalkan Bayi 9 Bulan… Siap Curi Duit & iPhone Anak

Dalam pada itu, Elvina mengaku tidak akan memaafkan wanita berusia 39 tahun itu sekiranya perkara buruk kepada anak bongsunya, Maleeq yang ditinggalkan tidur  bersendirian di atas sofa semasa kejadian itu berlaku.

“Kalau ikutkan hati memang semua nak mencarut, sebab marah…Tapi ni memang tak boleh buat apa. Nak ambil barang pun tak kisah lagi tapi keselamatan anak tu what if kalau maid tak perasan anything happend to anak saya? Saya memang tak akan maafkan dia. Saya akan cari dia sampai ke lubang cacing!,” jelasnya.

 

Mengulas lanjut, suaminya, Datuk Haniff Borhan menjelaskan, selepas laporan polis dibuat, dia dimaklumkan bahawa ini bukanlah kali pertama pembantu rumahnya itu melakukan jenayah sama.

“Memang terkilan sebab saya selalu anggap orang gaji ni bukan orang gaji. Dia adalah kami selepas kami tidak ada di rumah. Makan sekali, macam family.

“Macam kami, setiap anak ada seorang pembantu. Dia nak handphone kami bagi. Dia patut kalau ada masalah ke, ada boyfriend kah, cakaplah kita boleh consider. Maleeq sangat senang dijaga… tidak ada karenah.

“Saya bukan nak tuduh atau nak cakap dia berniat buruk pun saya tak tahu. Manusia ni ada sejuta satu perangai. Nampak muka jahat tapi baik. Ada muka baik tapi curi duit pula.

“Bila saya buat report polis sebenarnya banyak kejadian yang dibuat dekat luar sana. Passport dia ada dekat kami, kami nak block passport dia supaya benda ni tidak berlaku pada orang lain. Sebab kalau tidak ambil tindakan dia akan buat benda yang sama dekat orang lain pula,” ulasnya.

Justeru, aktres drama popular Takdir Yang Tertulis itu menyeru, agar wujudnya sistem untuk membanteras pembantu rumah supaya tidak sewenang-wenang lari dari rumah majikan memandangkan, kos untuk mengambil pembantu rumah sangatlah mahal.

Bahkan, jika insiden sama berlaku, agensi pembantu rumah tidak membayar apa-apa ganti rugi terhadap majikan.

“Kita kena ada sistem yang boleh banteras maid dari lari daripada rumah. Sampai sekarang masih tak ada penyelesaian… kalau lari, lari je even agensi pun tak ada bagi kita ganti rugi.

“Kalau ikutkan saya memang nak sepak terajang je. Anak saya! Tapi itu kalau ikutkan hati. Tolonglah kalau orang macam ni keluar daripada Malaysia, jangan bagi masuk dah.

“Kita nak bayar maid ni bukan murah ye. Tolonglah jangan aniaya orang dan saya harap satu hari nanti awak akan kena tangkap juga dan dapat balasan yang sama. Ingat pergi cari rezeki tu biar bawa balik dengan rezeki yang halal, jangan buat orang macam ni,”ujarnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 12 Sep 2018

CJ WOW SHOP Raih 1 Juta Pelanggannya Dengan WOW In A Million

Berita baik buat semua pembeli CJ WOW SHOP!pihak mereka akan memberikan ganjaran bernilai RM 20 untuk pembelian seterusnya melalui platform e-dagang CJ WOW SHOP bermula 1 hingga 30 September 2018

Hiburan Thu, 2 Jan 2020

黄明志创造奇迹!吉隆坡站倒数跨年演唱会万人力挺门票完售

2020黄明志创造奇迹 「4896 FINAL CALL 吉隆坡站 倒数跨年演唱会」万人力挺门票完售圆满成功!

Hiburan Wed, 14 Aug 2019

Doakan Aidid Marcello Kembali Sihat!

Get well soon abang Aidid!

Trending Fri, 15 Mar 2019

Tembakan Pengganas Di New Zealand, 49 Orang Terbunuh

Insiden tembakan rambang di Christchurch, New Zealand yang melibatkan umat Islam di dua buah masjid iaitu Masjid Al Noor dan Masjid Linwood dipercayai mengorbankan seramai 49 0rang nyawa.

Trending Thu, 21 Dec 2017

《屿你同在》赈灾活动 善款总额突破10万零吉

大马创作才子伍家辉和歌手Victor 李俊颉早前因家乡槟城水灾而发起的『屿你同在』赈灾活动,在短短的一个月内所筹获的善款突破10万零吉!

Hiburan Thu, 1 Nov 2018

Kris Wu: Glad to Have Left EXO but No Regrets Joining

He’s still thankful for having been part of EXO though.

Hiburan Sat, 16 Feb 2019