Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain May 14, 2024 @ 6:34pm

Haneesya Hanee Akui Watak Sally ‘Triggered’ Trauma Kontroversi Lalu, Sebak Lakonan Dihargai – “Saya Dah Nak Give Up Sebenarnya…”

Pelakon Haneesya Hanee mengakui mencabar menjayakan watak Sally menerusi drama TV3, Aku Bukan Ustazah.

Menurut Hanee, watak tersebut secara tidak langsung memberikan trauma kerana teringat akan kontroversinya yang pernah tular, beberapa tahun yang lalu.

Namun, Hanee mengakui terharu apabila rata-rata peminatnya memuji dan menilai watak itu dari sudut positif

“Korang tak tahu betapa terharunya saya dapat komen macam ni. Sangat sangat terharu. Sebenarnya saya taknak ambil watak ni sebab kalau perasan awal-awal je dah ada scene mabuk dan pergi club.

“Dengan saya punya past history, risiko untuk dikecam balik tu sangatlah tinggi. Saya kalau boleh dah taknak ada apa-apa kaitan dah dengan yang sebelum-sebelum ni. Saya nak biarkan dia berlalu.

“Kalau saya ambil watak tu, saya takut sangat. Tapi bila production dan pengarah pujuk, beri kata-kata semangat. Kak Idora sangat baik. Dia takkan paksa saya buat lebih-lebih.

“Dia suruh saya buat setakat mana yang saya mampu. Korang tak tahu sebenarnya watak ni susah tau untuk saya sebab dia triger a lot of my traumas. Habis je scene tu tangan saya menggeletar, badan saya menggeletar dan mula dapat anxiety,” katanya menerusi sebuah hantaran di TikTok.

Enggan menghampakan harapan keluarga dan peminat, Hanee nekad untuk menjayakan watak tersebut selepas sekian lama tidak beraksi di kaca televisyen.

“It was really really hard. Bila mak saya dan keluarga pujuk dan teringat peminat yang dah lama nak tengok saya berlakon balik, saya buat untuk mereka.

“Walaupun watak Sally tu sebenarnya makan diri saya, makan dalam, it was quite depressing awal-awal tu, tapi saya buat untuk mereka,” jelasnya.

Tambah Hanee, dia pernah mahu berputus asa dalam industri lakonan kerana sudah lama tidak mendapat sebarang tawaran.

Dengan maklum balas positif yang diterima itu, Hanee berharap banyak produksi yang dapat memberikan dia peluang dan tawaran untuk kembali aktif berlakon

“Bila terima komen macam ni, saya rasa bersyukur dan terharu sangat. Terima kasih banyak-banyak yang tengok drama Aku Bukan Ustazah, yang suka watak Sally terima kasih sebab benda tu means a lot to me.

“Saya harap lepas ni lebih banyak production house akan tengok, beri saya peluang untuk berlakon lagi. Saya dah nak give up sebenarnya dalam industri lakonan ni sebab saya tak dapat peluang untuk berlakon lama dah.

“Bila ramai yang komen macam ni, korang buat saya ada semangat untuk tak give up. Thank you so much from the bottom of my heart,” ujarnya.

@haneesyahanee_ Replying to @Nor Hasanah ♬ original sound – Haneesya Hanee

Selain Hanee, drama arahan Idora Abdul Rahman itu turut dibintangi barisan pelakon hebat seperti Erysha Emyra, MK K-Clique, Zahiril Adzim, Shaza Bae dan ramai lagi.

Orang ramai boleh menonton drama Aku Bukan Ustazah menerusi slot Akasia TV3, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam.

Strim eksklusif Aku Bukan Ustazah secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 26 Mar 2026

Dituduh Makan Di Restoran Didakwa Tak Halal, Ernie Zakri Tenang Bidas Netizen – “Jelas Terpampang Besar Sijil”

Ernie Zakri dilihat kekal tenang apabila berdepan kritikan segelintir netizen yang mempersoalkan status halal sebuah restoran dikunjunginya

Featured Sat, 10 Aug 2024

“Ia Satu Fasa Yang Tak Selesa” – Aedy Ashraf Terkesan Pernah Dibuli, Belajar ‘Martial Arts’ Untuk Pertahan Diri

Terbaiklah Aedy! Now, memang kena belajar martial arts… dunia sekarang menyeramkan.

Featured Tue, 18 Apr 2023

“Takdirkanlah Yang Terbaik Buat Puteri Sarah Liyana” – Patimah Ismail

Reda melepaskan menantu tersayang, tetapi ikatan yang terjalin tak akan terlerai. sebak pula min 😢😢

Drama Tue, 23 Jun 2026

Bergandingan Dengan Imranul Effendy, Ariana Yusof Diuji Cinta Dan Harta Dalam ‘Salju & 7 Buaya’

Gandingan Ariana Yusof dan Imranul Effendy menjadi taruhan utama dalam drama mikro terbaharu, Salju & 7 Buaya yang bakal menemui penonton mulai 24 Jun ini menerusi TikTok Drama Sangat dan Tonton.

Trending Wed, 15 Jul 2020

KKM Sahkan Antibodi Pesakit Kluster Sungai Lui Sembuh Adalah Rendah

Jaga kebersihan dan kekalkan memakai pelitup muka di tempat awam

error: Content is protected !!