Events By: Atiqah Johari August 27, 2022 @ 2:15pm

Kazar Tidak Hadir Malam Gala, Ini Penjelasan Syafiq Yusof – “Kami Invite Dia, Tapi…”

Pelakon senior, Kazar Saisi, 63, dilihat tidak menghadirkan diri pada Malam Gala Filem Abang Long Fadil 3 yang berlangsung semalam menimbulkan tanda tanya kerana dia juga merupakan salah seorang barisan pelakon filem tersebut.

Ditanya kepada pengarah filem, Syafiq Yusof mengenai ketiadaan pelakon tersebut, dia memaklumkan bahawa pihaknya telah memberi jemputan tetapi Kazar memilih untuk tidak hadir sama bagi mengelakkan kontroversi.

“Personally, kami invite dia tetapi bagi saya dia baik hati lah sebab dia cakap dia tak nak timbulkan apa-apa kontroversi. So, itu terpulang kepada dia tapi kami invite dia,” jelas Syafiq.

Tambahnya, dia memilih Kazar bagi menjayakan watak dalam filem karyanya adalah sebab kesesuaian personaliti dan masih aktif dalam industri.

“At that time belum jadi, masa tu 2019 but dia berikan lakonan yang baik and dia profesional.

“I ambik dia bukan pasal… I ambik dia pasal siapa watak yang tua tapi komedi yang boleh fight sikit kan, Kazar lah yang masih aktif dalam industri, that’s why I ambik dia,” ujarnya kepada XTRA.

Syafiq turut menegaskan bahawa dia tidak janggal untuk bekerjasama dengan Kazar kerana dia tak mempunyai sebarang masalah dengan pelakon itu.

“Saya dengan dia tak ada apa masalah.

“Tapi basically pasal itu I tak tahu apa-apa, work is work la pastu I tak duduk sama dengan abang I, I tak tahu apa yang jadi,” katanya lagi.

Umum mengetahui, pada ketika ini isu mengenai anak perempuan Kazar, Ira Kazar sedang hangat diperkatakan apabila didakwa menjadi punca pergolakan rumah tangga pengarah Syamsul Yusof dan pelakon Puteri Sarah.

Terdahulu, Puteri Sarah memaklumkan bahawa dia telah menfailkan saman terhadap Ira Kazar kerana menggangu rumah tangganya dan kini dilaporkan Ira Kazar akan ditahan oleh Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Thu, 2 Aug 2018

钟盛忠钟晓玉录《看见你的声音》导致兄妹情裂

由八度空间从韩国引进的推理类神秘音乐秀《看见你的声音》第二季将于8月19日启播!记者会上,大来宾钟盛忠与钟晓玉自爆因录影一度导致兄妹情裂;而赖淞凤则说“让人又爱又恨!”

Filem Fri, 18 Oct 2019

Pengembaraan Upin & Ipin ke Hollywood?

Hebatnya Upin & Ipin….!

Hiburan Fri, 8 Nov 2019

“Lagu Ini Ibarat ‘Anak’, Kalau Dah Bagi Bukan Boleh Ambil Balik…” -Amylea

Bukan calang-calang kalau 4 dari 6 buah lagu hasil nukilan penulis lirik, penyanyi dan bekas peserta Akademi Fantasia, Amylea ini masuk ke peringkat separuh akhir Anugerah Juara Lagu yang ke 34. Lagu-lagu yang dipertandingkan itu […]

Featured Wed, 24 Apr 2019

Rindu Lebaran, koleksi kurung ‘mengancam’ sentuhan tukang jahit termahir, Ezuwan Ismail

Rindu Lebaran, koleksi tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas!

Hiburan Fri, 28 Apr 2023