Events By: Salma Syahbuddin February 3, 2023 @ 3:05pm

Merinding! Konsert Tutur Batin Yura Yunita Pamer Lagu Spiritual, Lagu ‘Jalan Pulang’ Bukti Bertemu Diri Sendiri

Hampir 10 tahun mencipta nama bergelar anak seni, penyanyi Yura Yunita akhirnya kembali ke Malaysia dengan pertunjukan Tutur Batin Live In Concert  yang berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur pada Khamis.

Menyajikan persembahan nyanyian yang cukup memukau dengan bait lirik puitis serta persembahan pentas yang mempesonakan, rata-rata penonton yang hadir pastinya berasa puas apatah lagi penyanyi yang memiliki persona seorang bintang ikonik ini tampil dengan dua busana anggun yang diterapkan dengan elemen batik.

Dan sepanjang tiga jam konsert berlangsung, sebanyak 20 buah lagu yang dipetik dari album Yura, Merakit sehinggalah Tutur Batin dipersembahkan dengan satu lagu istimewa iaitu lagu tribute kepada Allahyarham P. Ramlee berjudul ‘Kau Laksana Bulan’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

 

Terus mencuri perhatian lebih 2,000 penonton yang hadir,  Yura juga tampil dengan persempahan yang lebih ‘deep’ apabila membawakan lagu Cinta Dan Rahasia nyanyian duetnya bersama mendiang Glenn Fredly yang dipersembahkan dengan penceritaan klip video momen manis mereka sebagai latar serta efek dua lampu yang hanya tertuju kepada sebuah kerusi kosong dan dirinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

 

Sementara itu, pemilik nama Yura Rachman, 31, terus berkongsi rasa bersama penonton apabila membawakan lagu ciptaannya bersama Donne Maula dan Marchella FP  berjudul  ‘Jalan Pulang’.

Lagu ‘Jalan Pulang’ disifatkan lebih spritiual kerana ia ditulis saat beliau bertemu dirinya sendiri dan fokus kepada penciptanya.

“Aku tahu pasti Tuhan memberikan waktu yang terbaik, kita bertemu  di sini, jadi insya Allah ini adalah malam yang terbaik.

“Jalan Pulang’ bererti kita jalan jauh ke manapun dan pertama sekali ini perjalanan kita ke Malaysia dan seterusnya, kota terakhirnya adalah tempat aku pulang , rumah tempat aku lahir, adalah Bandung. Jadi kita akan berkeliling dulu di tempat-tempat jauh kemudian baru pulang di tanah kelahiran aku.

“Jalan Pulang adalah volume dimana aku pulang ke dalam diri terus dan ternyata pulang yang sesungguhnya itu adalah kepada pencipta. Rasanya selama ini segala kegelisahan yang selalu mengganggu itu adalah pesanan kepada ‘Jalan Pulang’ yang sesungguhnya,” katanya.

Sebelum menutup tirai persembahan, Yura juga tidak melepaskan peluang membawakan lagu popularnya ‘Kita Harus Bahagia’ diiringi nyanyian semua penonton yang hadir.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

 

Terdahulu, pertunjukan Tutur Batin Live In Concert Kuala Lumpur ini dibawakan oleh Renjana Idea dan berlangsung dengan cukup sempurna dan meriah pada malam tadi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 10 Mar 2019

Suami Syahrini Bukti Dirinya Seorang Lelaki Yang Romantik!

Sebelum ini, Reino juga menyifatkan Syahrini amat istimewa kerana wanita itu mengajarnya erti cinta sebenar.

Trending Tue, 9 Jun 2020
Featured Thu, 3 Nov 2022
Trending Fri, 6 Nov 2020
Trending Tue, 26 Nov 2019

“Bendera Itu Simbol Kedaulatan Negara Dan Tidak Boleh Dipermainkan”- KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong

Sepatutnya perkara sebegini tidak berlaku dikalangan rakyat Malaysia khasnya. Sila jadikan iktibar!

Eat Travel Tue, 28 Apr 2020
Hiburan Fri, 15 Dec 2017

SYUKUR, SUAMI MAHU DALAMI ISLAM-LANA NODIN

Menerusi akaun instagram Lana, dia mengetahui hal tersebut selepas memeriksa telefon suaminya dan mendapati perbualan antara suaminya dengan seseorang yang boleh mengajar David mendalami ilmu agama.

Hiburan Mon, 16 Apr 2018

Panas! Gadis Istimewa Ini Beri Ucapan Hari Lahir Buat Kamal Adli

Gadis istimewa ini telah memuatnaik gambar mereka berdua, bersama caption yang boleh buat anda semua cair!

| Live TV