Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi May 14, 2024 @ 6:26pm

Lana Nodin Kongsi Suami & Anak Tekun Belajar Iqra  – “Doakan Saya Sendiri Terus Istiqamah…”

Pelakon Lana Nodin sekali lagi mendapat perhatian warganet apabila tampil berkongsi momen manis keluarganya di media sosial miliknya.

Menerusi muat naik di Instagram (IG), Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin berkongsi rakaman video yang memaparkan suaminya, David McKienzie dan anak sulungnya sedang belajar membaca Iqra’.

Dalam video pendek tersebut, David dan anak sulungnya, Gia Quinn sedang tekun mempelajari Iqra bersama guru.

Dalam pada itu, pelakon drama Suamiku Lelaki Pendosa itu turut memohon doa dari semua agar mendoakan suami dan anak-anaknya terbuka hati dalam mendekati Allah S.W.T.

Malah, untuk dirinya juga agar terus istiqamah dalam menjadi hamba yang melaksanakan segala perintah-Nya.

“Mi familia… Alhamdullilah, doakan suami dan anak-anak saya rajin dan selalu terbuka hati dekat dengan-Nya.

“Serta doakan saya sendiri mendapat hidayah dan terus beristiqamah kepada-Nya,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut meluahkan rasa senang melihat perkongsian tersebut.

Malah ramai juga mendoakan Lana dan keluarga dikurniakan hidayah dan terus istiqamah.

Lana Nodin Lana Nodin

Terdahulu, Lana turut mendapat perhatian apabila tampil sopan dengan mengenakan hijab sejak Ramadan lalu.

Malah foto keluarga di Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini turut memperlihatkan Lana manis mengenakan hijab.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Lana Nodin Manis Berhijab Penuh, Netizen Titip Doa Agar Istiqamah – “Cantik Sangat, Teruskan Ya”

ARTIKEL BERKAITAN: Anggap Wanita Zaman Sekarang Terlalu Murah, Lana Nordin Ulas Isu Curang Aliff Aziz – “Aku Dulu Pun Seksi Juga Tapi Tak Adalah Sampai…”

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 12 Feb 2025

Penyanyi Wanita ‘Dicekup’ Khalwat Bersama Suami Orang Di Rumah Sewa

Penyanyi wanita ditangkap khalwat bersama suami orang di rumah sewa

Featured Sun, 4 Dec 2022
Events Mon, 9 Jul 2018

Gara-Gara Suka Ejek Lionel Messi, Suami Nekad Ceraikan Isteri…

Sejak awal Piala Dunia, beliau tidak berhenti mencemuh Messi dan berkata Messi tidak mampu menyempurnakan tendangan penalti dalam perlawanan menentang Iceland. Pelik tapi benar…kejadian ini betul-betul terjadi di Russia!

Hiburan Tue, 15 Jan 2019
Cahaya Mata Mon, 30 Jan 2023

Umum Hamil Lagi, Netizen Bimbang Kesihatan Isteri Fizo Omar – “Tak Boleh Jadi Contoh…”

Kesian juga dekat yang pregnant tu.. Hmm apa pendapat korang?

Trending Tue, 21 Nov 2017

Menteri Kantoi Kencing Tepi Jalan Pada Hari Tandas Sedunia

seorang ahli politik India terkantoi apabila videonya yang sedang membuang air keicl di kawasan awam menjadi viral

Events Mon, 15 Jul 2019
error: Content is protected !!