Hiburan By: Padin May 14, 2024 @ 8:41pm

Tampilkan Magis Dalam Sisi Berbeza, Aina Abdul Buktikan Kebolehan Menerusi Konsert Bersama MPO

Berada dalam kelas tersendiri.

Itu merupakan frasa tepat untuk menyimpulkan konsert Aina Abdul bersama Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) yang berlangsung pada hujung minggu lalu.

Menampilkan sisi berbeza dalam persembahan yang diadakan dua malam di Dewan Filharmonik Petronas, Aina membawa penggemar muziknya mengembara jauh, larut dalam alunan simfoni dan vokal merdu yang berpadu sebagai sebuah instrumen.

@xtra_my Sedapnya Aina nyanyi lagu Sumpah diiringi oleh Orkestra Filharmonik Malaysia di #AinaAbdulBersamaMPO 🥰 #xtratonton #xtramy ⁣⁣⁣⁣⁣#artismalaysia #xtra #viral #beritaterkini #tonton #motifviral #malaysia #makcikbawang #tontonmy #trending #news ♬ original sound – XTRA

Sering dikenali dengan jeritan lantang dalam setiap persembahan, Aina tampil berbeza bersama MPO dan membiarkan vokal lunak miliknya bersatu mesra bersama alunan irama 60 pemuzik yang diketuai oleh Ahmad Muriz Che Rose.

Pada awalnya, persembahan Aina kedengaran sedikit canggung di telinga kerana vokal kemas ditonjolkan tanpa jeritan signature miliknya, namun selepas dua jam, terlihat sisi berbeza penyanyi ini dalam melagukan magis bersama MPO.

“Pentas DFP sangat berbeza. Jika persembahan lain, terutamanya konsert-konsert sebelum ini, saya lebih memberi dan melontarkan vokal, saya menjadi lebih ‘patuh’ ketika bersama MPO kerana mahu menumpukan terhadap gabungan vokal yang bersatu dengan muzik orkestra.

“Tipu kalau saya cakap saya tidak mempunyai rasa gementar, tetapi saya melakukan sehabis baik untuk peminat yang menonton. Dalam rasa gemuruh, sudah tentu saya rasa teruja. Saya gembira dapat menghiburkan peminat di atas pentas berprestij ini kerana pentas ini adalah idaman buat ramai penyanyi tempatan,” katanya kepada XTRA.

Aina menyampaikan seleksi 20 buah lagu bersama keindahan alunan muzik pimpinan konduktor Ahmad Muriz Che Rose, antaranya lagu-lagu yang terkandung dalam album Imaji seperti Imaji, Bilang, Puas Sudah dan Kamu serta rangkaian lagu hit miliknya seperti Shadow, Sumpah, Semalam, Kelip2, Sepi, Fool, Terus Hidup dan Jangan Mati Rasa Itu.

Mengekalkan identiti eksentrik dalam berfesyen, Aina tampil gah menggayakan busana rekaan Melinda Looi dan Ezuwan Ismail untuk hari pertama serta Rizman Ruzaini dan Wan & Mary untuk hari kedua.

Mengenali sosok Aina secara peribadi sejak 2014 tatkala bertarung di Mentor Legend, konsert bersama MPO menjadi saksi seorang gadis pemalu yang dahulunya gigih mencari arah kini bertukar menjadi wanita dewasa yang kian maju merangka rentak dan terus memacu kejayaan.

@xtra_my Replying to @roshayati awang Lagu kemenangan! Terus Hidup versi #AinaAbdulBersamaMPO ni lain macam bethol. Terbaikkk 💥💥 #xtratonton #xtramy ⁣⁣⁣⁣⁣#artismalaysia #xtra #viral #beritaterkini #tonton #motifviral #malaysia #makcikbawang #tontonmy #trending #news ♬ original sound – XTRA

Bukan mudah untuk Aina berada di tempat sekarang. Biarpun pernah keluar dari radar industri hiburan selepas tamatnya Mentor Legend, Aina tidak pernah patah semangat dan mengutip kekuatan untuk terus melebarkan sayap.

Sejak muncul dengan Sumpah pada 2019, penulis menjadi saksi jatuh bangun seorang insan seni bernama Nurul Aina Abdul Ghani; bagaimana dia menangkis kecaman di belakang pentas tatkala persembahan berdarah Sumpah dikritik sehinggalah sedu sedan Aina menyembunyikan tangis di hati ketika tohmahan warganet mengguris jiwa.

Kejayaan tidak hadir dengan mudah kerana usaha tidak akan pernah mengkhianati hasil. Kini menikmati kemanisan hasil susah payah, dia berjaya meraih kemenangan bergaya di beberapa siri Anugerah Juara Lagu dan muncul dengan album solo Imaji. Dek kerana kegigihan, Aina layak berada di kedudukan sekarang.

Teruskan berusaha keras dan menghargai peminat kerana pastinya lebih banyak rintangan di masa akan datang. Jangan terlalu selesa berada di tahap sekarang kerana cabaran yang hadir kelak pasti lebih bersimpang siur.

Bagaimana mahu menambat peminat baharu? Sisi berbeza yang bakal ditonjolkan selepas ini? Formula untuk memikat kelompok penggemar muzik berbeza dalam konteks penstriman digital? Busana dan fesyen yang bakal ditampilkan nanti? Cara untuk terus mengekalkan kualiti? Semuanya harus digarap kemas untuk perjalanan seni mendatang.

Semoga Aina terus mengorak langkah berani dan sentiasa tunduk membumi dalam perjalanan menjadi bintang bersinar di arena seni.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 10 Jun 2022
Featured Wed, 21 Sep 2022

[VIDEO] Netizen Dakwa Aktor Terkenal Mabuk Di Kelab Malam, Klip Cium GF Orang Viral?

Alamak, siapa pelakon lelaki yang disebutkan tu? Kemain galak lagi 🤭 Tacoddd 🥵

Featured Sat, 19 Mar 2022
Events Tue, 28 Jan 2020

[VIDEO] Ini Hadiah Faizal Tahir Buat Apex Tajudin

Wah! Boleh tahan juga Apex ni!