Pembudayaan pemakaian pelitup muka menjadi suatu norma baru dalam kalangan masyarakat ketika seluruh dunia berdepan dengan pandemik Covid-19.
Walaupun pelbagai jenis pelitup muka yang dijual di pasaran, namun inovasi pelitup muka yang berkonsepkan “lanyard” ini dilihat mempunyai keunikan yang tersendiri.
Menariknya, pelitup muka fabrik ini dilengkapi dengan adjustable stopper, elastic strap serta headloop yang membolehkan ia dilaras mengikut kesesuaian kepala, selain daripada memudahkan orang ramai terutama wanita berhijab untuk menggayakannya.
Membudayakan pemakaian face mask dengan nilai ‘Airen’ – “Sayangkan Orang”
Pada awalnya, pereka fesyen, Khairin Afina dan usahawan muda, Muhammad Khair hanya menggunakan modal sendiri untuk menghasilkan 300 fabric mask namun ternyata sambutan yang diterima cukup menggalakkan sehingga mereka mampu menghasilkan ribuan produk .
Mereka juga turut menguruskan perniagaan dengan hanya lima tenaga kerja yang kesemuanya terdiri daripada golongan belia.
Walaupun masih baru berkecimpung dalam bidang fesyen, mereka berharap untuk memperkasakan industri fesyen dan menjadi inspirasi kepada warga belia untuk terus percaya kepada impian dan minat masing- masing.
“Nama Airen berasal daripada bahasa Mandarin (Ai – Sayang, Ren – Orang). Kami ingin menggalakkan orang awam untuk memakai Fabric Mask dengan nilai Airen yang diterapkan – iaitu nilai “Sayangkan Orang”.
“Kalau kita membudayakan pemakaian Mask, kita juga dapat membantu dalam mengekang penularan pandemik COVID-19 serta dapat memelihara keselamatan bersama” , jelas Muhammad Khair.
Untuk info lanjut, anda boleh layari Instagram Airen Official