Featured By: Salma Syahbuddin July 3, 2023 @ 3:24pm

“Bila Musibat Jadi Nakhoda…” – Sharnaaz Ahmad Sindir Siapa Tu?

Pelakon Sharnaaz Ahmad mencuri perhatian apabila memuat naik hantaran di Instagram Story (IGS) miliknya baru-baru ini berkenaan bayaran yang diterima pelakon utama siri drama popular Netflix, Squid Game iaitu Lee Jun Jae yang menerima bayaran sebanyak RM4.6 juta bagi setiap episod siri terbaharu drama berkenaan.

Menerusi perkongsian tersebut, Sharnaaz, 37, dilihat seakan memuji produksi negara itu yang sanggup memberikan bayaran lumayan kepada pelakon mereka berbanding di negara ini.

“Malaysia? Masih kejar payment?.

“Ini lah bila musibat yang salah jadi nakhoda,” tulisnya.

Sebelum ini, pelakon filem Polis Evo 3 itu pernah memberikan pendapatnya secara terbuka mengenai waktu bekerja selama 20 jam melibatkan pelakon dan krew produksi dek kerana sifat tamak segelintir penerbit.

Bahkan, dia menyifatkan ini bukanlah zaman di mana para pelakon dikerah dan dijadikan sebagai ‘hamba’ dek kerana mereka telah mendapat bayaran yang sepatutnya.

“Peduli pula aku kau puas hati atau tak puas hati apa aku cakap. Kepada director dan produser yang manipulate the story, salahkan artis atau kru datang lambat, itu pendapat mereka.  Mereka yang produce sendiri dan mereka yang direct sendiri.

“Benda tu tak salah tapi aku as director dan producer juga, jadi aku faham kerja ni. Aku seorang pelakon dan bekerja bersama kru as a family, kau bayar artis bukan tiket untuk kau lenjan orang suka hati, semata-mata kau nak maksimumkan keuntungan kau kepada produksi,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Peduli Pula Aku Kau Puas Hati Atau Tak Apa Aku Cakap!” – Isu Lenjan Kerja 20 Jam Sehari, Sharnaaz Ahmad Tampil Beri Kenyataan Balas

ARTIKEL BERKAITAN:Sharnaaz Ahmad Berang Produksi ‘Bantai’ Kerja 20 Jam Sehari – “Macam Mana Mereka Semua Ni Layak Dapat…”

ARTIKEL BERKAITAN:”Aiseh! Sat Lagi Hang Makan Penendang Aku!” – Isu Gelar Suami Dayus, Sharnaaz Ahmad Berang Kenyataan Diputar Belit

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 27 Feb 2023
Featured Fri, 12 Oct 2018

Rawat Masalah Jerawat Dengan Hanya Menggunakan Aloe Vera

Aloe vera juga merupakan pelembap yang baik dan bantu melambatkan proses penuaan.

Hiburan Fri, 9 Feb 2018

Fattah Amin dan Nur Fazura Bersanding 25 Februari 2018

pasangan selebriti ini Fattah Amin dan Nur Fazura bakal menaiki pelamin pada 25 Feb 2018

Hiburan Fri, 6 Sep 2019
Events Tue, 2 Aug 2022

Dituduh Berhenti Mengejut, Fizi Ali Tampil Beri Penjelasan – “Saya Minta Restu Semua Pihak Sebelum Berhijrah”

Haa, Fizi Ali pun dah beri respons tu. Harapnya dengan penjelasan Fizi ini dapat meredakan suasana tegang.

Featured Thu, 22 Sep 2022

Tular Gadis Remaja Didera Teruk Bapa Tiri! Suspek Dibebas Dengan Jaminan Namun Kes Masih Dalam Siasatan

Dia pijak kepala saya banyak kali sambil hentak guna kaki dia – Mangsa