Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi November 21, 2022 @ 7:13pm

“3 Pesakit Kritikal Telah Meninggal Sebelah Saya” – Mafarikha Kongsi Kisah Hampir Sebulan Di Hospital

Penyanyi Mafarikha berkongsi pengalamannya di hospital setelah hampir sebulan dirawat akibat Covid-19 tahap lima sejak 24 Oktober lalu.

Menerusi hantaran di laman Instagram, Mafa yang kini sudah dipindahkan ke wad biasa berkongsi situasi di hospital seperti telah melihat beberapa kes kematian yang berlaku di sebelahnya.

“Sejak 24 Oktober 2022. 3 pesakit kritikal telah meninggal dunia di sebelah saya. Untuk kekal waras di hospital bukan mudah tapi hidup mesti diteruskan!

“Saya telah melihat banyak dalam 29 hari ini, seperti pesakit yang jantungnya berhenti selama 6 minit dan hidup semula tetapi mati beberapa jam nanti. Lagi lama dekat sini.

“Saya fikir saya mungkin bertukar jadi doktor atau jururawat,” kongsi Mafa.

Tambah pelantun lagu Angin itu, dia juga bercerita mengenai perkara-perkara kelakar apabila ada jururawat memintanya untuk mengira angka 1 hingga 10.

“Let’s recap funniest moment l’ve never shared. Ada la satu ketika saya tengah duduk relaks, I don’t know la doktor ni houseman ke apa. Dia suruh I kira 1 to 10 which made me confused sebab l bukannya separuh sedar or tak sedarkan diri or sakit otak, I pun kira la.

“Lepas tu dia bagitahu doktor senior “see, she can count la 1-10″ and the senior doktor was so unimprressed & me sitting there like apakah yang sedang berlaku,” selorohnya.

Untuk info, Mafarikha dimasukkan ke hospital sejurus tiba di Malaysia selepas pulang berbulan madu bersama suami di Istanbul, Turkiye.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 2 Mar 2020

Firasat Ashraf Akan Meninggalkan Noah, Lukisan Noah Untuk Ashraf Sinclair Punya Maksud Tersirat?

Kehilangan Ashraf Sinclair sejak minggu lalu masih terasa di hati insan-insan terdekat. Ashraf meninggal berpunca daripada masalah komplikasi masalah jantung, kehilangannya disifatkan sebagai “mati mengejut”. Saat pemergian Ashraf, sebuah lukisan yang dilukis oleh anaknya, Noah […]

Featured Wed, 10 Sep 2025

Foto Bermain Pickleball Tular, Mickey Ayo Lebih Terbuka Kongsi Foto Berdua Dengan Nora Danish

Foto tular didakwa diambil usai kedua-duanya bermain pickleball.

Featured Wed, 31 Jul 2019
Featured Mon, 22 May 2023

Hot FM Umum KJ Jadi DJ Hingga Disember Ini

Makin seronoklah Hot FM lepasni!

Featured Tue, 21 Mar 2023

Abang Stacy Meninggal Dunia

Salam belasungkawa buat Stacy sekeluarga😐

Featured Tue, 26 Jul 2022

[VIDEO] “Ini Bukan ‘Revenge Body’” – Rossa Sera Nafi ‘Makan Hati’ Punca Susut 11 Kg

Ini baru betul wanita hebat! Focus pada penampilan diri sendiri wahh tahniah Sera!

error: Content is protected !!