Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin July 19, 2024 @ 1:32pm

Isteri Hamil Anak Kedua, Safwan Nazri Siap Buat ‘Watermelon Challenge’ Untuk Rasa Pengalaman Wanita Mengandung -“Besar Betul Pengorbanan Ibu Ni”

Pelakon Safwan Nazri berkongsi berita gembira apabila mengumumkan isterinya, Lyna Khairul sedang hamil anak kedua mereka.

Menerusi perkongsian di Instagram, Safwan memaklumkan bahawa anak sulungnya, Cinta Sofia bakal bergelar seorang kakak tidak lama lagi.

Malah, safwan yang juga pelakon drama rantaian ‘I Love You Mr Clown’ ini berharap agar orang ramai mendoakan agar segala urusan kehamilan isterinya dipermudahkan.

“Besar pengorbanan seorang ibu mengandung ni. Alhamdulillah, i am so grateful and happy to announce yang Cinta Sofia gonna be a sister soon.

“Doakan perjalanan kami dipermudahkan okay,” tulisnya.

Dalam pada itu, Safwan turut memuat naik sepotong video pendek memperlihatkan dirinya sedang melakukan ‘watermelon challenge’ yang mana bahagian perutnya diletakkan sebiji buah tembikai dan dua biji tomato di bahagian dadanya bertujuan merasai sendiri pengalaman menjadi wanita hamil.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Safwan Nazri (@safwannazri)

 

Sekadar info,  Safwan mendirikan rumah tangga dengan Lyna Khairul pada 4 Mac 2022 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu,  Cinta Sofia yang kini berusia setahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 17 Nov 2021

“Takut Anak Hidup Susah” – Lelaki Sebak Lamaran Ditolak Kerana Harta & Kerja

Sebuah klip video memaparkan seorang lelaki meluahkan rasa sedih apabila hasratnya untuk berkahwin dengan kekasih hati tidak kesampaian. Lebih menyayat hati apabila ibu bapa wanita itu dipercayai memilih seseorang yang bekerjaya daripada memilih keikhlasan hati […]

Hiburan Mon, 23 Mar 2026
Events Sat, 19 Apr 2025

Demi Watak Malik Dalam Blood Brothers, Irfan Zaini Jalani Latihan Aksi Selama 5 Bulan

Irfan bersyukur kerana kehadirannya mula mendapat perhatian.

Hiburan Sat, 2 Mar 2019

‘Antara Ramai Pengarah, Mawi Je Yang….’- Along Cham Kongsi Pengalaman Berlakon Dalam ‘Tiada Tajuk’

Kata Along, Mawi antara pengarah yang ‘rare’ pernah dia bekerjasama. Apa yang ‘rare’ tu Along?

Hiburan Wed, 11 Dec 2019

Katy Perry In Khoon Hooi? Wow!

Way to go Khoon Hooi!

Hiburan Tue, 15 May 2018

Event Emcee Asks Audience to Chant Sexist Remark at TWICE

The emcee has apologised but people are still unhappy about the incident.

Hiburan Sat, 3 Feb 2018

Norman Hakim Meratap Pemergian Anak Sulungnya

Sedih pula tengok pelakon Norman Hakim meratap atas kepergian anak sulongnya, Mohamed Danish  dengan bekas isteri, Abby Abadi yang berangkat ke Turki bagi melanjutkan pengajian hafazan di sana.

error: Content is protected !!