Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin April 19, 2025 @ 12:35pm

Demi Watak Malik Dalam Blood Brothers, Irfan Zaini Jalani Latihan Aksi Selama 5 Bulan

Pelakon berbakat Irfan Zaini mengakui perlu menjalani latihan intensif selama lima bulan demi menjayakan watak Malik dalam filem aksi berskala besar Blood Brothers: Bara Naga, arahan Abhilash Chandra dan Syafiq Yusof.

Menurut Irfan, ini merupakan kali pertama dia membintangi filem aksi, sekaligus menjadi cabaran terbesar sepanjang enam tahun penglibatannya dalam industri perfileman tempatan.

“Selama ini saya lebih aktif dalam filem Tamil tempatan. Bila diberi peluang menyertai produksi besar seperti Blood Brothers, saya tahu saya kena buat persediaan sepenuhnya.

“Ini filem aksi pertama saya, dan saya tidak mahu sia-siakan peluang ini,” ulasnya.

Latihan Intensif Demi Tampil Meyakinkan

Selain menghadiri kelas lakonan, Irfan turut mengikuti latihan seni mempertahankan diri serta koreografi aksi demi memastikan gerakan lagak ngeri yang dilakukan betul dan meyakinkan.

“Pelakon lain seperti Sharnaaz Ahmad dan Syafiq Kyle sudah biasa dengan filem aksi. Saya pula tiada pengalaman, jadi saya kena bekerja dua kali ganda,” katanya.

Walaupun kemunculan watak Malik dalam filem tidak lama, namun impaknya nyata dirasai penonton.

Mana tidaknya, dia sanggup melakukan sendiri beberapa aksi lagak ngeri termasuk adegan pergaduhan yang mengakibatkan kecederaan.

“Saya pernah cedera di muka kerana cota terkena secara tidak sengaja, dan satu babak saya ditendang ke dalam almari hingga ia pecah dan jatuh ke atas saya. Tapi saya tak kisah kerana semuanya berbaloi,” kongsinya.

Paling mencabar

Salah satu babak paling mencabar buat Irfan adalah melakukan adegan pergaduhan bersama pelakon utama, Syafiq Kyle.

Babak itu sahaja memerlukan mereka merakam sehingga 38 kali pengambilan (take) demi mendapatkan hasil yang terbaik.

“Pengarah memang sangat teliti, setiap pergerakan kecil pun diambil kira. Kami semua memang penat, tapi puas bila tengok hasilnya,”jelasnya.

Populariti melonjak

Filem ini bukan sahaja membuka ruang untuk Irfan mencabar dirinya, malah turut memperkenalkannya kepada khalayak penonton Melayu secara lebih meluas.

Ini kerana, sebelum ini Irfan lebih dikenali dalam kalangan peminat filem Tamil tempatan.

“Saya terkejut bila ramai peminat Melayu mula kenal dan panggil saya Malik bila terserempak di pusat beli-belah. Itu satu perasaan yang luar biasa,” tambahnya.

Blood Brother catat kutipan tinggi

Blood Brothers: Bara Naga yang menelan belanja produksi sebanyak RM7 juta, kini sedang hangat ditayangkan di 170 pawagam seluruh negara.

Malah, setakat tujuh hari tayangan, filem epik ini sudah mengutip sebanyak hampir RM30 juta.

Filem menampilkan barisan pelakon popular seperti Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, Syazwan Zulkifly, Zamarul Hisyam, Wan Hanafi Su dan Amelia Henderson.

Berkongsi perkembangan lain, Irfan Sementara itu, Irfan Zaini akan muncul dalam sebuah drama bersiri terbaru berjudul Honey Trap selepas ini

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 22 Apr 2021

Che Puan Khaleeda Selamat Bersalin, Tunku Zahrah Zarith Nama Anaknda Puteri TMJ

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar hari ini berkenan menamakan puteri kedua Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, sebagai Tunku Zahrah Zarith Aziyah Tunku Ismail. Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli […]

Featured Mon, 3 Jan 2022

Emily In Paris Gambarkan Rakyat Mereka Suka Mencuri, Kementerian Ukraine Buat Aduan

Drama bersiri Emily In Paris yang telah memasuki musim kedua mula ditayangkan pada pertengahan Disember lalu. Dalam musim terbaru siri terbabit, jalan ceritanya menampilkan karakter bernama Petra yang berasal dari Kyiv, Ukraine dan wanita itu […]

Featured Tue, 27 Aug 2024

Nafi Diri Baik, Uqasha Senrose Anggap Tuduhan Tumbuk Pembantu Peribadi Sangat Keterlaluan

What you give you get back lah kan… Dah kalau melampau sangat takkan nak berdiam diri!

Hiburan Sat, 23 May 2026

“Bila Allah Nak Bagi Rezeki, Akan Ada Ujian” – Tak Layan Spekulasi, Aisha Retno Mahu Sentiasa Bersyukur

Kadang-kadang rezeki itu sendiri datang bersama cabaran dan ujian. – Aisha Retno.

Hiburan Fri, 27 Dec 2019

Joked About Being Single, Neelofa Caught On Camera Glaring At Nabil

Maybe the joke was a bit too sensitive for her?

Hiburan Fri, 15 Dec 2017

SEUNG RI BIG BANG DAN RALINE SHAH IN A RELATIONSHIP?

Raline Shah kini bahagia bersama Seung Ri Big Bang. Adakah benar tentang relationship mereka ini? 

Trending Tue, 3 Apr 2018

Japanese Scientists Find ‘Young Girls’ Scent’ and Plans to Make Perfume From It

It’s very refreshing apparently and smells like peaches.

error: Content is protected !!