Trending By: Padin November 18, 2020 @ 9:10am

SFMM35: “Saya Terkejut Bila…” – Shiha Zikir Ganti Siti Nurhaliza

Penyanyi Shiha Zikir mengesahkan dia bakal menggantikan tempat Datuk Seri Siti Nurhaliza di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) yang bakal berlangsung Sabtu ini. 

Shiha bakal menggantikan penyanyi nombor satu negara itu menyampaikan lagu 7 Nasihat, dendangan bersama Lucka Sickta dan Kmy Kmo.

“Sejujurnya saya terkejut apabila diberikan tanggungjawab untuk menyampaikan 7 Nasihat yang dipopularkan oleh penyanyi ternama seperti Siti. 

“Saya sendiri tak sangka saya dapat tawaran menyampaikan ini lagu ini beberapa hari selepas senarai penuh SFMM35 diumumkan.

“Saya difahamkan, tawaran itu datang selepas mendapat kata putus pihak komposer, Universal Music Malaysia dan pihak Siti sendiri. Rasa itu tak dapat saya ungkap, bercampur baur,” kata Shiha kepada Xtra.

Dalam pada itu, penyanyi lagu AEWO ini sudah bersedia untuk dibandingkan dengan Siti.

“Mesti ada yang membuat perbandingan. Saya cuma mahu melunaskan tanggungjawab ini dengan sehabis baik.

“Kemampuan Siti membawakan lagu ini memang tiada tandingan tetapi saya akan cuba memberikan 100 peratus usaha agar tidak menghampakan peminat di luar sana,” katanya lagi.

Sebelum ini, Shiha pernah menyanyikan semula lagu terbabit dan ia mendapat respons positif peminat.

7 Nasihat merupakan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Kmy Kmo bersama Luca Sickta dan dimuatkan dalam album studio terbaharu Siti.

Selain 7 Nasihat, lagu Aku Bidadari Syurgamu dendangan Siti juga bertanding di SFMM35.

Namun, pengganti Siti untuk menyanyikan lagu terbabit masih menjadi persoalan selepas Misha Omar menafikan dia bakal mendendangkan lagu terbabit di SFMM35.

ARTIKEL BERKAITAN: SFMM35: “Bukan Saya… Boleh Teka Orang Lain” – Misha Omar Nafi Ganti Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Aku Bidadari Syurgamu

Siti sedang berehat panjang selepas melancarkan album terbaharunya, ManifestaSITI2020.

Dua lagu terbabit bakal bertanding pada Sabtu, 21 November depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal Diadakan 3 Hari Berturut-Turut, Ini Senarai Penuh 30 Lagu Bersaing Di Separuh Akhir Muzik Muzik 35!

SFMM35 akan berlangsung selama tiga hari berturut-turut iaitu pada hari Jumaat hingga Ahad, 20, 21 dan 22 November 2020.

Mematuhi garis panduan prosedur operasi standard (SOP), SFMM35 akan bersiaran tanpa penonton seperti program-program siaran langsung yang lain dan akan bersiaran pada pukul 9 hingga 11 malam dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Lagu manakah pilihan anda? Gunakan tanda pagar #sfmm35 di laman media sosial anda sebagai sokongan lagu kegemaran anda. Untuk maklumat lanjut, layari www.xtra.com.my dan laman media sosial rasmi Facebook, Twitter dan Instagram @TV3Malaysia serta Instagram @senangterhibur.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 26 Feb 2018

TWEET BERBAUR LUCAH, ALAHAI WANITA SEKARANG!

Ada yang ‘sama naik’ dan ada juga yang mengecam perbuatan wanita itu. Apapun, admin harap awak sebagai seorang wanita, jaga adab dan maruah ya dik!

Featured Fri, 3 Sep 2021

Tempoh Pembaharuan Lesen LKM, LMM Dilanjutkan Sehingga…

Tempoh pembaharuan lesen dilanjutkan gaisss!

Featured Sat, 27 Nov 2021

“1 Kilogram Tahi Lembu Boleh Menghasilkan 3.75 kwj Tenaga Elektrik” Sisa Lembu Berjaya Jadi Sumber Tenaga

Sekumpulan petani di Britain telah berjaya menukarkan tahi lembu kepada sumber tenaga berbentuk bateri saiz AA yang dipanggil ‘patteries’. Memetik laporan The Sun, bateri yang boleh dicas semula ini boleh menjadi sebahagian daripada tenaga boleh […]

Trending Mon, 16 Apr 2018

忘拉手煞爱车被风吹跑「自动倒退还会转弯」

买个东西出来车就不见了?山东省青岛市黄姓男子本月6日开车前往当地某购物中心血拼,没想到30分钟后出来爱车却消失无踪,以为是遇上偷车贼急得打电话报警,结果警员调阅监视器画面一看……

Trending Tue, 16 Feb 2021