Featured By: Aqilah Paharuzi November 17, 2022 @ 6:47pm

[VIDEO] Rumah Mak Bocor & Pokok Tumbang Akibat Hujan Lebat, Reen Rahim Terkejut Bilik Solat Tidak Dinaiki Air – “Kalau Dulu Masa..”

Perkongsian pelakon versatil, Reen Rahim mengundang hiba rakan-rakan selebriti berhubung kediaman ibunya yang bocor dan pokok kelapa di belakang rumah tumbang akibat hujan lebat, semalam.

Keadaan tersebut menyebabkan rumah ibu aktres Pujaan Hati Kanda ini banjir dan ampaian rumahnya roboh dek dihempap pokok.

Berdasarkan sebuah hantaran, Reen berkata dia menyimpan duit dan memasang niat untuk mengubah suai rumah ibu bapanya itu, namun hajatnya tidak kesampaian apabila dilanda badai.

“Allahu-Akbar, hancurnya hati.. Niat tahun nie memang simpan duit untuk renovate rumah Umi sebab paling takut jadi macam ni..

“Tapi dah tertulis jadi macam ni mungkin ini buat aku lagi kerja kuat nak simpan duit untuk rumah Umi elok-elok. Doa kan Umi Abah kuat ok.. Patut hari ni Reen bawak dia jalan-jalan shopping tapi confirmlah balik ni Reen bersilat kemas rumah,” tulisnya di ruang kasyen.

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian adalah Reen atau nama sebenanrya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, berkata ruang solat yang dahulunya pernah menjadi bilik selebriti ini langsung tidak dimasuki air.

“Bilik solat langsung tak masuk air… Allahu-Akbar. Padahal masa tempat solat tu jadi bilik Reen, hujan lebat mesti masuk air,” tulisnya di Instagram Story sebentar tadi.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Berlakon Je Lah, Tak Payah Buat Kesalahan Bodoh!”- Reen Rahim Mengamuk Dengan Fezrul Khan?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 2 Jun 2019

5 Video Iklan Raya Ni Confirm Buat Korang Tak Sabar Nak Balik Beraya Kat Kampung!

Ada yang sedih, ada yang mencuit hati. Jom layan 5 iklan raya paling EPIK tahun ni!

Trending Sun, 19 Jun 2022

[VIDEO] “Wah Dah Macam Drama Arab” – Netizen Puji Neelofa ‘Terpeleot’ Cakap Arab

Neelofa ‘terpeleot’ cakap bahasa Arab dengan suaminya, PU Riz.

Trending Wed, 17 Oct 2018

Kena Bagi ‘Password Phone’ Kalau Anda Bercuti Ke New Zealand. Kalau Tak Nak Bagi Kena Denda!

Denda akan dikenakan iaitu tidak melebihi NZD5,000 (RM13,461.99)! 

Featured Thu, 1 Sep 2022
Featured Thu, 20 Jun 2024

“Tiada Yang Berubah Cuma Dia Bukan Milikku”- Nedim Nazri

Doakan yang baik-baik moga kuat jodoh kedua-duanya❤️

Hiburan Mon, 23 Mar 2020
Trending Tue, 16 Feb 2021