Featured By: Salma Syahbuddin April 29, 2024 @ 1:48pm

“Perkara Paling Menyedihkan Tentang Pengkhianatan, Ia Tidak Pernah Datang Dari Musuh Anda” – Ulas Isu Curang, Betty Rahmad Titip Pesanan

Susulan isu panas membabitkan rakan artis yang semakin rancak diperkatakan, penyanyi dan pelakon Betty Rahmad tampil memberikan pendapatanya mengenai isu curang tersebut.

Betty atau nama penuhnya, Norsha Rahmad Ali, 43, berpendapat, untuk mendapatkan ketenangan dalam kehidupan, setiap individu perlu memilih ‘circle’ mereka termasuklah, menyekat, memilih rakan yang betul dan berhak untuk meletakkan mod ‘mute’ buat mereka yang boleh memberikan aura negatif menerusi media sosial.

Ini kerana, Betty beranggapan bahawa tindakan tersebut merupakan salah satu contoh ‘self respect’.

“Keep your circle small and your mind at peace. Mute, unfriend, block jika perlu dan contoh self respect,” katanya.

Selain itu, adik kepada penerbit dan pengarah popular Erma Fatima ini berkata, perkara paling menyedihkan mengenai pengkhianatan adalah, ia tidak pernah datang daripada musuh sebaliknya perkara sedemikian berlaku dalam kalangan orang terdekat.

“The saddest thing about betrayal is that it never comes from your enemies”.

“Orang yang kenal kita, yang rapat dengan kita, yang kita sayang adalah yang selalu memerhati dan dalam diam ingin memiliki apa yang kita ada. Inilah lumrah kehidupan,” ulasnya.

Justeru, Betty menitipkan pesan agar setiap individu tidak perlu bimbang sebaliknya memilih untuk terus menjadi lebih baik kerana pada akhirnya nanti, Allah akan memberikan petunjuk dalam masa yang tepat.

“Don’t worry tetaplah jadi baik, Allah akan tunjuk satu persatu,”ujarnya.

Perkara itu dikongsi Betty menerusi hantaran yang dimuat naik menerusi Instagram miliknya baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Fri, 10 Apr 2020

Manipulasi warna makanan untuk anak yang tidak gemar makan

Helah berbeza tarik kehendak anak makan

Fab Foodies! Wed, 5 Sep 2018
Fab Foodies! Thu, 10 Jan 2019

Ring in the New Year with Sumptuous Food at Hilton Petaling Jaya

Chinese New Year is a time for families to come together, so why not do it with delicious food.

Trending Sat, 17 Mar 2018

Maut Ketika Swafoto, Tertembak Atau Ditembak?

Sebaik kejadian itu berlaku, mangsa Vijay Singh yang bergambar dengan rakan dikenali sebagai Monu telah melarikan diri.

Trending Mon, 15 Feb 2021
Featured Fri, 3 Mar 2023
Hiburan Fri, 11 Aug 2023