Featured By: Yanie Baharom February 12, 2020 @ 9:21am

‘Perdaya’ 27,722 wanita, siapakah gerangan Yusaku Maezawa?

Jika mahu dikatakan kacak, tidaklah sangat tetapi lelaki ini khabarnya telah mempermainkan perasaan 27,722 hati wanita yang menaruh harapan terhadapnya.

Bukan sedikit jumlahnya, 27,722 wanita! Ilmu apakah yang digunakan lelaki ini?

Sebelum lebih banyak andaian dilakukan, Yusaku Maezawa sebelum ini pernah mencetuskan fenomena dan membuat iklan mencari teman wanita untuk dibawa meneroka ke angkasa lepas.

Bagaimanapun jutawan kelahiran Jepun ini membatalkan hasrat berkenaan di platform media sosialnya pada 30 Januari lepas.

Keputusan mengejutkan Yusaku itu ternyata menghampakan 27,722 wanita yang telah menghantar permohonan untuk mencuba nasib. BBC melaporkan usahawan berusia 44 tahun itu mengakui rasa serba salah dengan pengumuman itu.

Foto: The New York Times

“Perasaan saya bercampur baur dengan penglibatan ini. Mengenang 27,722 wanita yang bersungguh-sungguh mahu ke angkasa dan meluangkan masa memohon pencarian itu membuatkan saya rasa sangat serba salah memaklumkan keputusan ini,” katanya.

Antara syarat dan kriteria yang dikehendaki untuk pencarian istimewa itu adalah wanita yang masih bujang, berusia lebih daripada 20 tahun dan berminat untuk pergi ke angkasa.

Hanya seorang wanita akan dipilih dan pemilihan itu nanti akan disiarkan menerusi sebuah dokumentari ‘Full Moon Lovers.’ Bagaimanapun program berkenaan juga terpaksa dibatalkan.

Namun begitu, Yusaku yang juga mogul fesyen dan pengasas empayar fesyen talian, ZOZO Town tetap menyertai trip ke angkasa menaiki Space X milik Elon Musk pada tahun 2023 tanpa ditemani sesiapa. Harga tiket Yusaku untuk pergi ke angkasa bagaimanapun tidak didedahkan namun menurut Elon Musk, ia melibatkan wang yang banyak.

Ia bukanlah kali pertama Yusaku menarik perhatian ramai. Sebelum ini beliau pernah menawarkan 100 juta yen atau USD910 ribu kepada mereka yang berkongsi ciapannya di media sosial Twitter. Dan Yusaku mengotakan janji dan mengumumkan pemenang tersebut pada Januari tahun lalu.

Menurut Forbes, Yusaku menduduki tangga ke-22 daripada 50 individu terkaya di Jepun pada tahun 2019. Yusaku merupakan gedung fesyen dalam talian terbesar di Jepun dan mula menjalankan perniagaan tersebut pada May 1998.

Pada September 2019, dia mengumumkan untuk meletak jawatan selaku CEO dan menjual kebanyakan sahamnya kepada Yahoo Jepun yang melibatkan rundingan niaga bernilai lebih USD2.3 bilion. Setakat 6 Februari, kekayaan Yusaku adalah sekitar USD1.9 bilion.

Menyentuh kehidupan peribadinya, lelaki ini pernah menjalin hubungan dengan aktres cantik Jepun iaitu Ayame Goriki, namun hubungan mereka terputus sekitar November tahun lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Sat, 14 Apr 2018

Bercitarasakan Lokal, Aiskrim Teh Tarik Resipi Wajib Dicuba Anda. Yummy!

Bagi mereka yang bosan dengan perisa aiskrim biasa seperti vanilla, coklat dan strawberi atau sememangnya tekak teringin mencuba perisa bercitarasakan lokal, resipi Ais Krim Teh Tarik ini kami sarankan untuk dicuba anda di rumah. 

Featured Fri, 20 Mar 2020
Cahaya Mata Wed, 25 Jan 2023

[VIDEO] Khusyuk Ikut Sembahyang, Gelagat Jebat Jayden Curi Tumpuan – “Sekarang Saya Dah Rajin Solat”

Anak kepada pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila iaitu Jebat Jayden sememangnya sering mencuit hati penonton dengan gelagat lucu serta bijak bercakapnya itu. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian di Instagram yang memaparkan gelagat Jebat sedang […]

Featured Fri, 13 Sep 2019
Featured Wed, 9 Nov 2022