Featured By: Ad Ops September 13, 2019 @ 3:41pm

Malas bersenam tapi mahu langsing? Ini sebab anda perlu miliki OSIM uDance

Setiap individu pasti mendambakan tubuh yang langsing dan sihat, namun disebabkan kekangan masa, ramai yang mungkin tidak sempat untuk melakukan aktiviti kecergasan seperti bersenam di gimnasium atau taman, menyertai tarian Zumba dan sebagainya.

Jangan risau kerana seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin maju, jenama peralatan kesihatan terkemuka tempatan, OSIM (Malaysia) Sdn Bhd (OSIM Malaysia) memperkenalkan mesin senaman inovatif terbaharu iaitu OSIM uDance.

Pengurus Besar OSIM Malaysia, Chia Sook Fun, berkata tarian dilihat lebih menyeronokkan berbanding senaman konvensional. Justeru, OSIM menawarkan satu mesin senaman berilhamkan tarian untuk memenuhi matlamat kecergasan mereka.

mesin senaman OSIM uDance

Pengurus Besar OSIM Malaysia, Chia Sook Fun akui uDance bermanfaat untuk kesihatan badan. Foto: NSTP/SALHANI IBRAHIM

“Kami percaya setiap individu mempunyai cita rasa yang berlainan. Ada yang gemar melakukan aktiviti indoor dan ada juga yang suka dengan aktiviti outdoor. Namun kerana jadual harian yang ketat, mereka tidak mempunyai masa untuk bersenam.

“Justeru, kami mahu tawarkan sesuatu yang berinovasi. UDance adalah mesin senaman berinspirasi tarian pertama kami yang membolehkan para pengguna menikmati pengalaman yang menyeronokkan dan menjalani senaman ala tarian di rumah mereka sendiri, mengikut masa mereka sendiri,” kata nya ketika ditemui pada majlis pelancaran OSIM Udance di pusat beli-belah One Utama baru-baru ini.

Hendak tahu kenapa OSIM uDance perlu dimiliki dalam setiap rumah, jom semak senarai di bawah.

1. uDance direka supaya meniru pergerakan pinggul semasa menari. Ia membuat pergerakan mendatar dalam bentuk angka ‘8’ yang membantu ke arah membentuk badan langsing, sihat dan cantik. Pergerakan mendatar berbentuk 8 ini juga merupakan pergerakan yang digunakan untuk senaman melangsingkan badan di Jepun dan Korea.

2. uDance membawa keseronokan dan kecergasan ke ruang tamu anda. Anda kini boleh bersenam di rumah dengan hanya duduk di atas mesin ini sahaja. Anda juga boleh melakukan senaman ini sambil menonton drama televisyen kegemaran anda di rumah!

OSIM uDance

Dari kanan, pelakon Steve Yap, Levi Li (KOL) dan Joanna Soh (penggiat kecergasan YouTube) turut mencuba mesin senaman uDance. Foto: NSTP/ SALHANI IBRAHIM

3. Fleksibel! Mesin senaman ini sesuai untuk mereka yang mempunyai masa bekerja yang panjang, tidak mempunyai masa untuk keluar bersenam serta ibu yang mempunyai anak-anak di rumah. Pengguna uDance boleh memilih masa mereka sendiri untuk menggunakannya.

4. uDance memiliki tujuh tahap kelajuan yang boleh dilaraskan, jadi ia sesuai untuk semua peringkat umur.

5. Mesin uDance dapat memberi manfaat kesihatan untuk seluruh badan. Kajian menunjukkan bahawa menari dengan kerap dapat meningkatkan tahap kesihatan jantung dan fungsi paru-paru, serta meningkatkan kecergasan aerobik, bentuk dan kekuatan otot.

Dalam penyelidikan pada tahun 2018 yang dijalankan oleh Fakulti Sains, Sukan dan Kesihatan Universiti Osaka Sangyo mengenai uDance, ia menunjukkan bahawa lebih laju mesin bergerak semakin banyak oksigen akan diambil oleh pengguna. Ini seterusnya akan membantu jantung dan paru-paru dengan meningkatkan kapasiti paru-paru dan fungsi jantung.

OSIM uDance

OSIM uDance mampu tingkatkan tahap kecergasan individu. Foto: OSIM Malaysia

6. Mesin senaman ini juga menyediakan dua program senaman, iaitu aerobik dan toning. Program aerobik menawarkan pergerakan berkelajuan sederhana pantas yang bertujuan meningkatkan daya ketahanan badan dan fungsi kardiovaskular, manakala fungsi toning menawarkan pergerakan berkelajuan sederhana yang membantu dalam membentuk otot, pinggang dan paha untuk badan yang lebih mantap dan langsing.

7. Ujian elektromogram (EMG) yang dijalankan dalam kajian yang sama juga menunjukkan bahawa penggunaan uDance meningkatkan aktiviti dalam tiga kumpulan otot iaitu rektus abdominis atau teras, abdominal oblique atau kawasan pinggang, dan rektus femoris atau paha di mana kesannya sehingga enam kali berbanding berjalan kaki pada kelajuan 4 km sejam.

8. Mesin berharga RM2,160 ini boleh digunakan setiap hari iaitu 30 hingga 45 minit setiap sesi. Ia juga mudah digunakan, selamat dan yang penting tanpa perlu bersusah payah tetapi berkesan!

Hebat bukan! Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut, menguji uDance atau membeli mesin senaman berinspirasi tarian inovatif ini boleh singgah di mana-mana cawangan OSIM di seluruh negara.

Sebagai pengenalan, OSIM Malaysia menawarkan uDance pada harga mampu milik kepada pelanggan menerusi pelan pembayaran mudah sebanyak RM60 sebulan selama 36 bulan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Fri, 3 Aug 2018

5 Kesilapan Lazim Apabila Anda Menimbang Berat Badan Sendiri

Alat penimbang berat memang akan jadi best friend anda jika anda mahu kuruskan badan.

Featured Thu, 21 Jul 2022
Featured Fri, 28 Oct 2022

“Tak Pernah Terpadam Cinta & Sayang” – Ziarah Pusara Siti Sarah, Netizen Hiba Lihat Anak & Ayah Arwah

Tular sebuah video penyanyi dan pelakon veteran, Raissuddin Hamzah bersama cucu, Uwais Al-Qarni melawat pusara Allahyarhamah Siti Sarah, baru-baru ini. Menziarahi pusara di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, video berdurasi 23 saat itu memaparkan […]

Featured Thu, 6 Sep 2018

Lady Gaga Nampak Macam Gula-Gula Kapas Gergasi Apabila Menghadiri Venice Film Festival

Tekstur busananya yang nampak lembut itu buat kita rasa nak curi makan.

Featured Tue, 21 Mar 2023
Featured Wed, 15 Apr 2020
Featured Fri, 22 May 2020
Featured Tue, 16 Feb 2021
Featured Wed, 12 Feb 2020
Featured Thu, 15 Dec 2022

Isteri Ebit Lew Keguguran Anak Kelima – “Allah Uji Sebab Sayang…”

Allahuakbar. Semoga kuat menjalani ujian ini dan segera diberikan kesembuhan