Featured By: Ad Ops September 6, 2018 @ 12:44pm

Lady Gaga Nampak Macam Gula-Gula Kapas Gergasi Apabila Menghadiri Venice Film Festival

Bila kita bercakap mengenai gaya fesyen yang over-the-top, tiada siapa yang boleh tandingi kreativiti Lady Gaga. Ingat tak dress miliknya yang diperbuat daripada daging lembu mentah?

Pakaian penuh kontroversi ini sebenarnya adalah tanda protest terhadap polisi “Don’t ask, don’t tell” di kalangan askar Amerika. Ada mesej di sebaliknya!

Foto: MTV.com

Ada banyak lagi penampilan fesyennya yang menggemparkan dunia selama ini, tapi baru-baru ini dia nampaknya dah tone down sikit “kegilaannya” dalam memilih outfit ke majlis-majlis besar.

Walau bagaimanapun, penyanyi dan pelakon ini masih tahu bagaimana untuk menarik perhatian orang ramai.

Minggu lepas, Lady Gaga (atau nama benarnya Stefani Germanotta) telah membuat penampilan di Venice Film Festival untuk tayangan perdana filem terbarunya, A Star Is Born.

Di acara itu, filem arahan Bradley Cooper itu hangat diperkatakan, tapi dress Lady Gaga pun turut sama disebut-sebut oleh para tetamu, pihak media dan peminat industri hiburan Amerika.

Foto: Getty Images/Vittorio Zunino Celotto

Gaun Valentino yang nampak penuh, berbulu dan berwarna pink cair itu membuatkan Lady Gaga nampak macam gula-gula kapas berjalan! Betul tak?

Haih, dia seorang saja rasanya yang boleh tampil chic sambil memakai gula berwarna pink yang dipintal.

Dan kalau dah pakai dress meriah dan kembang macam itu, tak sah kalau tak pusing-pusing supaya kamera dapat tangkap dari semua angle.

Foto: Getty Images/Vittorio Zunino Celotto

A Star Is Born

Sementara itu, review awal untuk A Star Is Born (remake ketiga untuk filem tahun 1937 yang bertajuk sama) berbunyi positif. Menurut Variety, siap ada standing ovation selama 8 minit selepas tayangan filem itu tamat. Wow!

Ia menceritakan tentang seorang penyanyi country yang menemui bakat seorang penyanyi baru ketika kerjayanya sendiri semakin pudar.

Foto: MovieWeb

A Star Is Born juga dikatakan akan terpilih untuk anugerah Oscar! Wooh!

Sumber: Marie Claire

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 10 Apr 2023

Rindu Di Hari Lebaran, Lagu Raya Terbaru ‘Hadiah’ Datuk Jamal Abdillah Buat Peminat

Bestnyaaaa… selalu dengar lagu Saalm Aidilfitri je😍🥰

Featured Fri, 3 Dec 2021
Featured Wed, 18 Jan 2023
Featured Wed, 18 Jan 2023

“Dia Bawa Pergi Masjid Shah Alam Untuk Solat Berjemaah” – Julia Farhana Dedah Tempat Pertama Dating

Pelakon Julia Farhana Marin mendedahkan suaminya, Dr Che Hafiz adalah lelaki yang sering membimbing dan memberi pendedahan berkaitan hal agama. Menurut Julia, kali pertama mereka berjumpa, suaminya membawa mereka ke masjid. “First time dating tu

Featured Mon, 31 Dec 2018

5 Kebaikan Fish Oil Kepada Kesihatan Manusia

Kajian telah menunjukkan bahawa fish oil dan suplemen omega-3 dapat memperbaiki gejala kemurungan. 

Events Sat, 6 Aug 2022

‘Bisik’ Pasal Crush, Irfan Haris Hasil Single Ke-8 – “Saya Harap Dia Tahu Lagu Ini Untuk Dia”

Korang yang ada crush tu mungkin boleh BISIK macam Irfan Haris jugak 😂 Apapun tahniah Irfan sebab lagu berjaya masuk carta RIM 👏 Dah jom sendu sama-sama!

| Live TV

error: Content is protected !!