Featured By: Marcella December 15, 2021 @ 1:29pm

“Ibu & Anak Terpisah Selama Dua Tahun” – Sebak… Lama Tanggung Rindu, Anak Beranikan Diri Tegur Wanita Serupa Ibunya! Rupa-Rupanya….

Sedar atau tidak, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu telah mengajar kita erti rindu.

Tidak dinafikan, ada antara kita sedang menanggung rindu apabila sudah sekian lama terpisah dengan keluarga dan tidak dapat bersua muka.

Kisah menyayat hati seorang kanak-kanak perempuan yang bertemu ibu kandungnya di sebuah pusat beli belah setelah sekian lama menanggung rindu tular di laman TikTok selepas video itu dimuat naik oleh seorang pengguna bernama @norshafikarahmat.

@norshafikarahmat

Kakak buat-buat xnampak anaknya🥺 Alhamdulillah dapat jumpakan kakak dan anknya yg terpisah 2 thun #penantian #fyp #sedih #learnontiktok #ibuanak

♬ original sound – BrassicaOlerasia91 – DamianaJun PakarTilam Handmade

Video itu memaparkan seorang kanak-kanak perempuan terhenti ketika berjalan di pusat membeli-belah apabila dia melihat seorang wanita seakan-akan seperti ibunya yang berjalan bertentangan ke arah mereka.

Lalu, kanak-kanak itu memberanikan diri untuk mendekati dan menegur wanita itu kerana rasa ingin tahu, namun siapa sangka memang susuk tubuh itu yang dia rindukan.

“Perasan macam mummy dia, terus tegur sebab yakin itu mummy dia walaupun dua tahun tidak jumpa.

“Alhamdulillah, saya rancang ingin ‘surprise’ anak saudara berjumpa dengan kakak Sha berjaya. Gembira untuk kamu berdua,” katanya dalam video.

Menurut @norshafikarahmat, kakaknya telah tersekat di Singapura selama dua tahun akibat penularan Covid-19.

Malah, mereka merancang untuk membuat kejutan buat kanak-kanak itu.

“Ibunya kerja di Singapore. Sebelum ini dia ulang alik tapi disebabkan Covid-19, tersekat disana dan tidak dapat balik. Sekarang ini baru dapat balik jumpa keluarga,” tulis di komennya.

“Kakak buat-buat tidak nampak anaknya, Alhamdulillah dapat jumpakan kakak dan anaknya yang terpisah selama dua tahun,” tulis kapsyen dalam video itu.

“Dia punya naluri itu kuat” – Netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh hati melihat pertemuan ibu dan anak itu.

Malah, mereka menyatakan naluri kanak-kanak itu kuat kerana terlalu merindui ibunya.

Perkongsian video itu telah meraih lebih 3.7 juta tontonan dan 354,700 tanda suka sejak ia dimuat naik pada Isnin.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 13 Jul 2019

Sarah Suhairi Idam Duet Dengan Penyanyi Lelaki Popular, Siapa Tu?

Penyanyi lelaki itu antara penghibur terbaik tanah air yang memiliki karya berkualiti.

Trending Sat, 17 Jul 2021

Beri Bantuan Barangan Asas, Neelofa Hulur Sumbangan Sempena Hari Raya Aidiladha

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa mengambil inisiatif membantu golongan memerlukan menerusi penyerahan sumbangan barangan asas sempena ketibaan Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi. Neelofa menghulurkan bantuan menerusi jenama fesyen miliknya, Naelofar dengan kerjasama Pertubuhan Kasih […]

Featured Sat, 6 Nov 2021
Trending Wed, 25 Nov 2020
Eat Travel Thu, 28 May 2020
Featured Mon, 4 Jul 2022

Hajat Paling Terindah, Nelydia Senrose & Suami Tunai Ibadah Haji

Alhamdulillah, seronoknya 🥰 Untung dapat tunai Haji di usia yang sangat muda 🥹🥹 Rezeki paling indah 🤩

Hiburan Sat, 7 Sep 2019

Dituduh Ambil Duit Peminat…Erma Fatima Akhirnya Bersuara

Masya-Allah sejauh itu pandangan anda kepada saya.

LIFESTYLE Tue, 25 Dec 2018

Alamak! Bahana Guna Perkakas Dapur Berkarat

Periksa Perkakas Sebelum Masak, Sudip Berkarat Boleh Memudaratkan Kesihatan