Hiburan By: SGMS Faida September 7, 2019 @ 8:00am

Dituduh Ambil Duit Peminat…Erma Fatima Akhirnya Bersuara

Pengarah dan pelakon, Erma Fatima menafikan dakwaan warganet mengatakan dia mengambil duit peminatnya juga Orang Kurang Upaya (OKU) yang datang membawa sejumlah wang dikumpul dan berjalan ke Istana Budaya, semata-mata mahu menonton teater Pawana Isabella.

Berikutan menerima terlalu banyak komen negatif oleh warganet, Erma tampil memberikan penjelasan.

Katanya, peminat OKU terbabit datang membeli tiket dua hari sebelum pementasan berlangsung dan penjaga tiket memberitahu kepadanya perihal perkara itu.

“Biarlah saya jelaskan supaya perkara baik ini tidak mengundang dosa kepada kalian yang memberikan persepsi jauh tersasar,” katanya.

“Sewaktu bertemunya saya kembalikan wang yang dikumpul peminat itu berserta wang berjumlah RM100 dalam sampul terbabit. Itu sedekah saya kepada dia.

“Saya letakkan sampul itu ke tepi sebab takut dia berasa kurang senang tambahan pula diberitahu yang dia sudah menghasilkan kerja tangan berbentuk hati daripada not RM1 dan diberikan kepada semua penjaga kaunter. Apabila ada yang menolak pemberiannya itu dia marah,” katanya.

 
 
 
View this post on Instagram

Memandangkan byk sgt yg berprasangka buruk maka biarlah sy jelaskn supaya perkara yg baik ini tdk mengundang dosa pd kalian yg persepsinya jauh tersasar. Adik ini dtg beli tiket 2 hari sebelum show. Sy diberitahu oleh penjaga kaunter tiket mengenai kedatangannya lalu sy byr duit tiket itu dan ambik duit yg dia byr tiket itu utk sy pulangkn. Harga tiket yg dia beli adalah RM68. Sy jumpa dia di hari dia dtg show 2 hari kemudian. Sy letak duit RM100 tu dlm sampul tu utk sy sedekah pd dia. Sy sorok ke tepi sbb sy takut dia marah kerana sy d fahamkn yg dia ada buat duit seringgit bentuk love dan bg pd semua yg jaga kaunter. Bila dia org tk ambik dia marah. Takanlah sy nk ambik duit adik ni..masyaallah..sejauh itu pandangan anda pd sy. Dan d depan sy itu ada beberapa org yg duduk melayan dia melihat perbualan sy dgn dia. Kalau sekalipun jahat sy ni..tkdelh sampai sy nk menganiaya anak syurga ini yg sanggup kumpul duit meniaga dia utk tgk show sy. Astagfirullahulazimmm… #pawanaisabella

A post shared by Ermafatima (@ermafatima) on

Sebelum ini Erma berkongsi rakaman video bersama peminat terbabit bagi menyaksikan teater Pawana Isabella yang mula dipentaskan, 21 hingga 31 Ogos lalu dan dimuat naik di laman Instagram miliknya.

“Takkan saya mahu mengambil wang milik anak syurga ini. Masya-Allah sejauh itu pandangan anda kepada saya.

“Sekalipun saya ini jahat, tidak mungkin tergamak untuk menganiaya anak syurga ini yang sanggup kumpul duit dengan berniaga fotostat semata-mata untuk menonton persembahan saya,” katanya dia mempunyai beberapa saksi melihat situasi mendengar perbualan antara dia dengan peminat OKU terbabit.

Sementara itu, teater Pawana Isabella dipentaskan semula bermula 13 hingga 16 September ini atas permintaan ramai sekali gus meraikan sambutan Hari Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 10 Aug 2022
Hiburan Fri, 15 Mar 2019

Ajak Tolak ‘Lamaran’ Dua Stesen Radio?

Namun begitu, selebriti berusia 33 tahun ini tidak menolak kemungkinan untuk bergelar penyampai radio semula jika mendapat tawaran bersesuaian kelak.

Hiburan Wed, 8 May 2024

Individu Kritik Buku Puisi Tulisan Daiyan Trisha, Dakwa Tak Ada ‘Originality’?

Alamak, takkanlah.. Kan buku puisi Daiyan tu nombor syatu?

Featured Sun, 14 May 2023
Hiburan Mon, 3 Dec 2018

Haqiem Rusli Kini Dilabel Kurang Ajar Oleh Netizen

Semoga Haqiem Rusli lebih peka lepasni okay.

Events Mon, 4 Mar 2019

Grab Your Chance to Meet & Greet Wang Leehom Before Tickets Sell Out!

The legendary King of Mandopop will be in Kuala Lumpur for his World Tour.