Featured By: Fatin Nurain November 30, 2022 @ 12:17pm

Muat Naik Foto Ala Perkahwinan, Netizen Komen: “Nabila Razali & Gimik Berpisah Tiada”

Penyanyi Nabila Razali didakwa membuat gimik murahan gara-gara memuat naik gambar suasana perkahwinan di media sosial, baru-baru ini.

Terdahulu, status penyanyi itu mula menjadi tanda tanya kerana kerap berkongsi beberapa kepingan foto seolah-olah dirinya sudah berkahwin secara senyap-senyap.

ARTIKEL BERKAITAN: “Welcome To The Wedding Of MK & NR” – Muat Naik Nabila Razali Undang Tanda Tanya

Namun, persoalan tersebut mula menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang turut menantikan kesahihannya.

Menjengah ke ruangan komen XTRA, rata-rata netizen mendakwa perkongsian tersebut hanyalah sekadar gimik untuk mempromosikan lagu terbaharunya bersama MK K-Clique.

“Nabila razali dan gimik berpisah tiada.

“New duet lagu nak release ker?

“Kalau betul, why lelaki tu pakai baju biasea je tak pakai baju Melayu putih pon? Ni mesti nak promote lagu baru.

“Asal nak keluar lagu je mesti kne gimmick… Artis baru nak upp… Kalau artis lama tak perlu gimmick pon lagu da meletop dah,” komen netizen.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 29 Jul 2019

Siaran Khas Majalah 3 Adat Istiadat Upacara Pertabalan Agong Malam Ini!

Jangan lupa tonton jam 9 malam ini hanya di TV3!

Hiburan Sun, 15 Dec 2019
familuv Mon, 22 Oct 2018
Featured Fri, 4 Nov 2022
Featured Mon, 23 Jan 2023
Hiburan Thu, 4 Jul 2019

Izzue Islam Tak Mahu Tangguh Lagi, Bakal Jalani Ujian Kesuburan

Izzue Islam memaklumkan sudah merancang berjumpa doktor bagi menjalani ujian kesuburan pada tahun ini.

Hiburan Fri, 7 Jul 2023