Events By: Fatin Nurain December 19, 2022 @ 3:18pm

Travie McCoy Bakal Adakan Konsert Sulung Jelajah Solo Di Malaysia 31 Disember Ini!

Penyanyi antarabangsa Travie McCoy mengumumkan bakal membuat konsert jelajah solo buat pertama kali di Malaysia, pada 31 Disember ini.

Konsert yang dinamakan Travie McCoy New Year Countdown Feat Alexis Kings 2023 itu bakal bertempat di Zepp Kuala Lumpur, jam 9 malam.

Pernah berkolaborasi dengan Bruno Mars menerusi lagu hit Billionare pada tahun 2010, kehadiran Travie sememangnya menjadi berita gembira buat penggemar muzik dengan genre rap, reggae dan pop dari tanah air.

Menurut Nika selaku penganjur konsert tersebut, pihak Pushplay Production Sdn Bhd tidak hanya menerbangkan Travie secara solo tetapi menjemput sama Alexis Kings yang akan menghangatkan suasana menjelang tahun 2023 nanti.

“Sebagai penganjur kami amat berbesar hati mengatakan projek sulung Travie McCoy New Year Countdown Feat Alexis Kings 2023 sebagai ‘hadiah’ tahun baru 2022 dan mahukan tahun 2023 menjadi sebuah tahun yang lebih baik dari tahun tahun sebelumnya.

“Dengan rekod yang baik, Travie yang memang terkenal dengan muzik santai, rap serta pesanan- pesanan positif yang ada dalam karyanya dilihat sangat bersesuaian dengan visi kami untuk menutup tahun 2022 dengan manis dan membuka 2023 dengan harapan besar yang lebih menguntungkan.

“Lebih bangga konsert ini juga adalah konsert rap antarabangsa pertama yang diadakan di Zepp KL. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk ‘berpesta’ dan menikmati malam tahun baru bersama kami,” katanya.

Orang ramai boleh mula dapatkan tiket dengan harga yang bermula daripada RM399 (CAT 3), RM499 (CAT 2), RM599 (CAT 1), RM499 (VIP) dan RM8,999 (VVIP BOX) menerusi laman web www.myticket.asia.

Malah, anda juga boleh hubungi talian +603 8605 0196 atau emel www.myticket.asia serta ikuti Instagram @pushplay_productions untuk sebarang keterangan lanjut dan maklumat terkini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

FESYEN Thu, 21 Nov 2019
Hiburan Fri, 16 Aug 2019

「金钻组合」郑少秋与汪明荃携手1214开唱!经典电视剧金曲重现

暌违2年时间,秋官和阿姐宣布将于12月14日,再次携手在云顶举办《温馨50电视剧成名曲演唱会》现场将重现多首电视剧金曲赠予粉丝!

Hiburan Sat, 3 Feb 2018

Norman Hakim Meratap Pemergian Anak Sulungnya

Sedih pula tengok pelakon Norman Hakim meratap atas kepergian anak sulongnya, Mohamed Danish  dengan bekas isteri, Abby Abadi yang berangkat ke Turki bagi melanjutkan pengajian hafazan di sana.

Hiburan Wed, 15 Nov 2023

Alamak, Ada Adegan Lentok Sikit… Aksi Ella & Vokalis Radja Jadi Bahan Kecaman Warganet

Tak baik tau netizen cakap macam tu! Ella terlalu feel tu🔥🔥🔥

Featured Wed, 25 Sep 2019

Pakai kosrset memudaratkan kesihatan? Ini jawapan Kevin Zahri!

Pakai korset beriya, makan tak dijaga macam nak kurus tu sis?

Selebriti Thu, 9 Nov 2023