Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi September 14, 2023 @ 3:10pm

“Mohon Doa Mudahkan Semua Procedure Operation & Bebas Kanser Rahim” – Masuk Hospital, Jasmin Hamid Sedih Ada Pihak Kutuk ‘Gemuk’

Pelakon Jasmin Hamid memaklumkan dia dimasukkan ke hospital hari ini bagi menjalani pembedahan yang bakal dijalankan esok.

Menerusi entri di Instagram (IG), Jasmin, 49, akan menjalani pembedahan pada ulang tahun kelahirannya esok untuk bebas daripada kanser rahim.

“Hari ini saya admit di hospital dan esok (my birthday 15 /9) akan jalani minor operation.

“Mohon doa dari kalian untuk Allah lancar dan mudahkan semua procedure operation dan bebas kanser rahim,” kongsinya.

Dalam pada itu, pelakon drama Anak Beranak Abe Yie ini sedih apabila ada pihak yang sering mengutuk fizikalnya sebelum ini tanpa mengetahui kesihatan sebenarnya.

Malah, Jasmin turut mendedahkan dirinya mempunyai cyst sehingga terjadi pendarahan pada rahimnya.

“Sebelum ini ramai yang kata saya dah gemuk hingga adakalanya kata-kata orang itu, mengguris perasaan saya tanpa bertanyakan tahap kesihatan saya dan buatkan saya stress untuk berjumpa dengan sesiapa.

“Tak ada siapa pun dalam dunia ini nak gemuk termasuklah saya.

“Hari ni saya reveal kenapa..sebab saya ada cyst dan hormon saya dah huru-hara hingga terjadi pendarahan pada rahim saya..

“Jadi pada yang sesuka hati kutuk fizikal badan saya,saya maafkan,” dedah Jasmin.

Di akhir tulisannya, Jasmin memohon doa orang ramai mendoakan kesihatannya agar dapat kembali sembuh seperti sedia kala.

“Terima kasih pada yang sudi doakan kebaikan untuk saya dan saya kembalikan doa yang baik-baik juga untuk kalian..

“Moga semuanya baik-baik sahaja buat saya supaya saya boleh sambung kerja-kerja saya seperti biasa. Allah Maha Baik.

Untuk rekod, penghujung Mei tahun lalu, Jasmin dimasukkan ke Unit Penjagaan Koronari (CCU) di sebuah hospital kerana mengalami serangan jantung.

Jasmin Hamid

ARTIKEL BERKAITAN: Jasmin Hamid Terkejut Tular Berita Dirinya Sedang Bertarung Nyawa – “Tolong Henti Sebarkan Khabar Tak Betul Ini”

ARTIKEL BERKAITAN: Tahap Kesihatan Makin Baik, Jasmin Hamid Gembira Dapat Bekerja Seperti Biasa

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 11 Dec 2019

Wanita Nekad Kahwin Dengan Karpet Kesayangannya

Namakan ‘Pasangan’ Hidupnya Mat

Hiburan Sat, 5 Jul 2025

[VIDEO] Ini Penjelasan Adira Suhaimi Mengenai Isu Sangkar Kucing – “Saya Tak Kejam”

Adira Suhaimi perjelas bela kucing jalanan, tak kurung setiap masa

Trending Thu, 5 Dec 2019

Paus Sperma Ditemui Mati Terdampar

Derita Perut Dipenuhi 100 Kg Sampah Sarap

Featured Fri, 22 Oct 2021

Ginjal Khinzir Berjaya Dipindahkan Ke Dalam Badan Manusia

Buat pertama kalinya pembedahan pemindahan buah pinggang khinzir ke dalam tubuh manusia berjaya dilakukan tanpa sebarang komplikasi atau penolakan daripada sistem imun penerima. Kejayaan yang berpotensi besar ini dapat membantu mengurangkan kekurangan organ manusia untuk […]

Featured Thu, 26 Jan 2023

Mohon Doa Peminat, Zizi Kirana & Yusuf Bahrin Tunai Umrah

Penyanyi terkenal, Zizi Kirana bersama suami, pelakon Yusuf Bahrin berangkat ke Tanah Suci menunaikan ibadah umrah.   View this post on Instagram   A post shared by KIRANA (@zizi_kirana) Menerusi hantaran Zizi di laman Instagram […]

Featured Sun, 13 Feb 2022
error: Content is protected !!