Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi April 19, 2023 @ 2:04pm

Jasmin Hamid Terkejut Tular Berita Dirinya Sedang Bertarung Nyawa – “Tolong Henti Sebarkan Khabar Tak Betul Ini”

Pelakon Jasmin Hamid, 49, meluahkan rasa terkejut apabila terdapat dakwaan bahawa dia sedang bertarung nyawa, di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Jasmin memuat naik sebuah hantaran yang memaparkan gambarnya berwarna hitam putih dan ditulis tentang keadaan terkini Jasmin yang kononnya sedang dalam keadaan kritikal.

“Sedang bertarung nyawa, 6 saluran tersumbat – Jasmin Hamid,” tulis kenyataan palsu tersebut.

Susulan daripada itu, Jasmin tampil menjelaskan dia kini sihat dan meminta pihak tersebut berhenti membuat penyebaran berita palsu tersebut.

“Allahu Akbar. Tolong henti sebarkan khabar yang tak betul ini.

“Alhamdulillah saya masih sihat walafiat. Jangan buat orang-orang yang sayangkan saya risau dengan berita palsu ini,” jelas Jasmin dalam satu kenyataan.

Malah, pelakon drama Anak Beranak Abe Yie itu turut menzahirkan rasa terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan dirinya dan keluarga.

“Apapun terima kasih semua yang sentiasa mendoakan kebaikan buat saya dan keluarga,” katanya.

Untuk rekod, penghujung Mei tahun lalu, Jasmin dimasukkan ke Unit Penjagaan Koronari (CCU) di sebuah hospital kerana mengalami serangan jantung.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 28 Sep 2024
Hiburan Mon, 14 Oct 2019

Trump Bagi ‘Lampu Hijau’ Mungkin Kembalikan Google Pada Peranti Huawei

Keputusan pentadbiran untuk membenarkan lesen dapat membantu kesepakatan perdagangan bagi kedua-dua negara itu.

Hiburan Wed, 6 May 2026

Berjuang Selama Tiga Tahun, Fatin Afeefa Luah Rasa Syukur Tuntutan Nafkah Bulanan Anak Dinaikkan

Fatin Afeefa meluahkan rasa lega dan syukur apabila kes tuntutan nafkah bulanan membabitkan anak perempuannya, Ivy Herra Sophia terhadap bekas suaminya, aktor, Adam Shahz dapat dinaikkan

Hiburan Fri, 11 Jul 2025

Juicy Luicy Gegarkan Ruang Inspirasi Festival 2025 di Mega Star Arena KL

Ruang Inspirasi Festival 2025 bakal berlangsung pada 17 Ogos ini.

Featured Tue, 7 Dec 2021

“Saya Tidak Tahu Pun” – Pelakon 17 Tahun Ini Jawab Isu Berlakon Dalam Drama Aplikasi G*y

Baru-baru ini, laman Twitter dikejutkan dengan isu pelakon tempatan, Danish Iskandar berlakon dalam drama bersiri mempromosikan hubungan sejenis berjudul Stay Away From Me. Malah, apa yang lebih merisaukan netizen adalah pelakon terbabit merupakan remaja bawah […]

error: Content is protected !!