Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida January 28, 2019 @ 7:41pm

’Memang Salah Saya…Saya Minta Maaf’ – Emma Maembong Mengaku Silap Gambar Buka Tudung Tersebar

Gara-gara sekeping gambar wanita yang mirip dengan wajah Emma Maembong yang dilihat membuka tudung, pelakon berkenaan tampil memberi kenyataan.

Menerusi laman Instagramnya, Emma mengakui kesilapannya dan memohon maaf kepada para peminat atas kesilapan yang dilakukan.

“ Ramai yang tanya kenapa saya minta maaf dekat netizen pergi minta maaf kepada ALLAH SWT. Betul cuma kalau saya minta maaf dekat Allah bukan korang nampak kan. Sebab tu saya minta maaf juga dekat semua netizen, memang salah saya dan saya minta maaf,” katanya.

Adik kepada Yaya Maembong ini tidak berkecil hati dan menerima teguran daripada netizen dengan hati terbuka.

” Kalau tak, takkan mereka ada masa nak comment kan? Takkan dorang akan rasa marah atau sedih kan. Kita cuma akan rasa macam tu kalau kita ambil berat. Kalau tak kita tak akan rasa apa-apa. Jadi saya minta maaf dekat semua,” ulangnya sekali lagi.

Emma yang kini rapat dengan jejaka bernama Syed Abdullah yang merupakan abang kepada Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq memohon netizen tidak menuding jari kepada rakan sekelilingnya.

Terdahulu, gambar Emma bersama jejaka ini yang sedang bercuti ke Dubai mula tersebar luas di laman sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Sat, 24 Feb 2024

“Ada Hati Kecil Perlu Saya Jaga” – Mohon Maaf Kunci Mulut Soal Kahwin, Shakilla Khoriri Minta Beri Ruang & Masa

Saya sendiri rasa kurang selesa apabila majlis ini ‘diceroboh’ orang-orang luar yang tanpa meminta izin kami untuk berkongsi dahulu tentang pernikahan ini kepada media dan wartawan sebelum majlis ini berlangsung – Shakilla

Featured Thu, 10 Apr 2025
Hiburan Tue, 20 Jun 2023
Hiburan Fri, 9 Feb 2024
familuv Thu, 17 Nov 2022

“I Sayang You, Honey” – Sweet Betul Ucapan Alyah Sempena Birthday Tok Ram!

Penyanyi terkenal, Datin Alyah menitipkan ucapan istimewa bersempena sambutan ulang tahun kelahiran suaminya, pengarah muzik terkenal Datuk Ramli MS.   View this post on Instagram   A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81) Alyah […]

Hiburan Sun, 8 Feb 2026

Erma Fatima Nafi Set ‘Akulah Balqis’ Punca Isu Puteri Balqis, Mia Sara

“Setakat yang saya ingat, tak ada apa-apa berlaku di set” – Erma Fatima.

error: Content is protected !!