Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 5, 2025 @ 3:00pm

[VIDEO] Ini Penjelasan Adira Suhaimi Mengenai Isu Sangkar Kucing – “Saya Tak Kejam”

Penyanyi dan pelakon, Adira Suhaimi tampil menjelaskan situasi sebenar berhubung sangkar kucing miliknya yang menjadi bualan hangat netizen.

Menurut Adira atau nama penuhnya, Siti Adira Suhaimi, 34, kucing-kucing yang dipelihara di dalam sangkar tersebut bukanlah dibeli olehnya, sebaliknya haiwan jalanan yang mula ‘menetap’ di kawasan rumahnya sejak hampir setahun lalu.

“Itu bukan kucing saya beli atau bela dari kecil. Mereka datang sendiri ke rumah untuk cari makan dan saya pun lama-lama jadi terbiasa dengan kehadiran mereka,” katanya.

Menyedari keperluan untuk menyediakan perlindungan dan kebajikan kepada haiwan-haiwan tersebut, Adira mengambil inisiatif membina sangkar khas selain menanggung segala kos berkaitan makanan dan rawatan.

“Saya bina sangkar tu dan beli segala keperluan guna duit sendiri. Makanan pun bukan murah, dalam sebulan boleh cecah ratusan ringgit. Kalau sakit, saya bawa ke klinik dan kos rawatan boleh sampai ribuan ringgit,” ujarnya.

Adira juga menafikan dakwaan sangkar tersebut terlalu kecil dan tidak sesuai, sebaliknya ia dibina untuk memberi perlindungan bukan untuk mengurung.

“Sangkar tu abang saya yang buat. Memang bukan besar sangat, tapi cukuplah untuk jadi tempat berteduh. Waktu siang, saya langsung tak kurung mereka. Saya tak pernah tutup sangkar tu. Mereka bebas keluar masuk. Saya bukan jenis kejam atau zalim pada haiwan,” katanya lagi.

@adirasuhaimi.ami

terima kasih sayang awak ❤️🤍❤️ @ohbulanofficial

♬ Very Sad – Enchan

Sebelum ini, Adira menerima teguran segelintir pihak yang meluahkan rasa kurang senang terhadap ‘rumah’ kucing peliharaannya yang terletak di bahagian luar kediamannya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Tegur Adira Suhaimi Kurung Kucing Dalam Sangkar – “Sempitnya… Awak Mampu Untuk Sediakan Penjagaan Lebih Baik”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 14 Aug 2018

Ibu Bapa Generasi Baharu, Lisa Sedia Membantu!

Ibu kepada dua cahayamata Yahaira Leanne dan Yusof Leonne itu berkata, dia memahami perasaan ibu bapa generasi baharu kerana dia juga menggalas tanggungjawab yang sama dan tahu cabaran yang dihadapi golongan tersebut

Hiburan Mon, 10 Jun 2024
Events Fri, 18 May 2018

Sajat Dating Dengan Siapa Tu?

Untuk episod kali ini, Sajat kena menghadiri mesyuarat bersama Tan Sri Jojo, owner Concorde Hotel. Wah! Buat apa lah agaknya tu Sajat?

Featured Tue, 13 Dec 2022

Nafi ‘Playboy’, Ismail Izzani Tegur Individu Wanita Sebar Gosip Liar – “Saya Minta Maaf, Tolong Berhenti Ugut”

Alahai kesian Ismail Izzani 🥲 Kalau dah sentuh isu keluarga ni, kita pun jadi geram! 🥵

Hiburan Sun, 11 Aug 2024
error: Content is protected !!