Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 8, 2023 @ 7:09pm

[VIDEO] Didakwa Bercinta Dengan Shuib Kerana Kekayaan, Netizen ‘Backup’ Watie Hanifiah – “Dia Pun Ada Bisnes Sendiri”

Kekasih hati pelawak sensasi, Shuib iaitu wanita bernama Watie Hanifiah sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas memuat naik sebuah video di Instagram miliknya.

Video tersebut memaparkan Watie sedang berada di dalam kereta sambil menyanyikan lagu Lelaki Idaman nyanyian asal penyanyi popular Indonesia, Melly Goeslaw.

“Cuba tag siapa lelaki idaman saya… Eh salah, cuba tag siapa lelaki idaman korang?” tulisnya di ruangan kapsyen.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, segelintir netizen memetik nama Shuib di ruangan komen tersebut, namun begitu rata-rata mereka berpendapat bahawa Watie hanya menyukaui bapa anak empat itu hanya kerana kekayaannya saja.

“Shuib time kaya,” tulis netizen.

“Shuib kaya boleh la cuba time dulu-dulu mana maunya,” kata netizen lain.

Dalam pada itu, ramai yang tampil menyokong Watie dan menepis dakwaan tersebut dengan membalas komen-komen mulut celupar itu.

Menurut netizen, Watie tidak memerlukan seorang figura lelaki yang kaya raya kerana dia juga merupakan seorang usahawan berjaya.

“Dia lagi kaya dari Shuib la. Dia pun ada bisnes sendiri. Tak perlu nak bitter sangat,” bidas seorang netizen.

Bagaimanapun, Watie dilihat langsung tidak mengendahkan komen-komen tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Rakam Gelagat Shuib Bawa Anak-Anak Main Salji Bersama Watie
 Siap Kongsi Air Minuman, Sweetnya!

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Terharu Lihat Keakrabakan Mama Shuib & Watie Hanifiah – “Wow, Dah Ada Panggilan Manja
”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Melentik.. Tak Sakit Pinggang Ke?” – Netizen Kritik Di TikTok, Watie Dedah Rupa-Rupanya


| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 11 May 2023

Tiga Kali Nyaris Dibunuh, Mark Adam Pilih Berdamai & Terpaksa Menanggung Ribuan Ringgit

Allahu tergamaknya tipu duit orang.. Semoga Mark tabah lalui ujian ni

Hiburan Thu, 8 Jun 2023

Sekadar Tetamu Jemputan, Netflix Sahkan Aaron Aziz Tak Berlakon ‘Extraction 2’

Beberapa hari lepas, tular sebuah video perkongsian Datuk Aaron Aziz teruja dapat berjumpa Chris Hemsworth pada tayang perdana filem Extraction 2 di Manila. Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai yang beranggapan bahawa Aaron Aziz berlakon […]

Hiburan Sun, 20 Oct 2024
Hiburan Sat, 7 Jul 2018

Tahniah! Rody Kristal Bakal Jadi Papa Tak Lama Lagi

Aku tak pernah terfikir semua ini akan terjadi dalam hidupku, di usia 32 tahun aku telah dikurniakan isteri dan seorang anak. Tahniah Rody!

Hiburan Tue, 4 Jan 2022

Intan Payung Layak Ke AJL36, Noraniza Idris Bakal Nyanyi Dengan Bunga

Bintang rap wanita, Bunga, 22, mengesahkan dia bakal mempertandingkan lagu kolaborasi Intan Payung bersama penyanyi Noraniza Idris di pentas Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36). Perkara ini juga menjawab status penyanyi baru, Amsyar Leee yang menggantikan […]

Trending Sat, 3 Mar 2018

Tempah Uber Ketika Mabuk, Rupanya Tersalah Set Balik Rumah

Dikenakan bayaran tambang Uber sebanyak AS$1,635 (RM6,426) kerana tersalah set balik rumah iaitu kampung halaman

Trending Tue, 15 May 2018

Baca Label Penjagaan Baju Sebelum ‘Campak’ Dalam Mesin Basuh

Korang tahu tak kenapa baju kalau warna hitam jadi luntur, ataupun ada sesetengah kain mereput walaupun baru digunakan beberapa kali? Salah satu sebabnya adalah disebabkan cara penjagaan korang terhadap pakaian atau barangan tersebut.  Kalau korang […]

error: Content is protected !!