Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 2, 2022 @ 11:05am

“Saya Seperti Kaza & Normah Damanhuri…” – Dikecam Tak Pandai Didik Anak, Azhar Sulaiman Hanya Mampu Titip Doa

Sebut sahaja nama Kasih Iris Leona, pastinya remaja masa kini mengenali sosok anak perempuan kepada pelakon Azhar Sulaiman ini, apatah lagi penampilannya sering menimbulkan kontroversi dalam kalangan netizen.

Namun, ini bukanlah kali pertama Leona tampil dengan pakaian seksi atau mencolok mata menerusi platform media sosialnya.

Justeru, sebagai seorang bapa kepada anak gadis berusia 20 tahun itu, Azhar mengakui sudah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa termasuklah menegur anaknya.

Bagaimanapun, beliau mengakui tindakan merotan anak sudah tidak lagi relevan pada ketika ini.

“Saya sama seperti Kaza dan Normah Damanhuri. Kami adalah ibu bapa pada anak-anak yang bukan kecil lagi. Sebagai ibu bapa, sudah tentulah kita berikan teguran.

“Namun, apa yang kita tegur itu bukan mudah. Kita harap anak-anak dapat berfikir lebih jauh mengenai kesan terhadap keseluruhan , bukan hanya pada diri tetapi keluarga dan ibu bapa.

“Sebagai ibu bapa, saya ambil tanggungjawab untuk tegur apa yang tak boleh dilakukan. Tapi, kalau dia masih buat… Saya hanya berdoa semoga dia cepat berubah.

“Kita tak boleh rotan atau jerit pada anak-anak sekarang apatah lagi mereka sudah besar. Jadi kita doakan yang terbaik untuk anak-anak,” katanya.

Terdahulu, Leona sekali lagi mengejutkan netizen apabila memuat naik video tarian bersama rakan-rakannya dengan memakai gaun ketat dan terdedah terutamanya dibahagian dada.

Ia sekaligus menimbulkan rasa kurang senang warganet terhadap penampilan Leona sekaligus melabel ayahnya yang juga seorang selebriti sebagai tidak tahu mendidik.

 

 

 

Sumber: Instagram, Tiktok, Mstar.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 3 Dec 2018
Trending Tue, 5 Nov 2019

Lazada 11: 11 Shopping Festival Kembali Lagi Dengan Pelbagai Jenama Terkemuka, Dan Berhibur Bersama K-Pop Star- APink!

Stay tuned depan tv untuk shopping sempena Lazada 11:11 pada 10 November Ini!

Hiburan Wed, 6 Feb 2019

Pengasas Hausboom Tampil Mohon Maaf Dengan Syed Saddiq Tapi…

Azri Zahier turut mohon maaf atas kekasaran bahasanya dalam posting sebelum ini.

Trending Wed, 3 Jul 2019

Kerana Sampah Tak Jumpa Handbrake!!!

Kereta Penuh Sampah Hingga Hampir Kemalangan Gara-Gara Tak Jumpa ‘Hand Brake’

Hiburan Fri, 1 Mar 2019

Hamil Anak Kedua, Hanis Zalikha Asyik Mengidam Makanan Manis

Semoga segala urusan bersalin anak kedua Hanis dipermudahkan Allah SWT… Insya Allah.

Featured Mon, 30 Mar 2020

Beberapa selebriti beramal bantu petugas barisan hadapan

Pelbagai cara dilakukan demi Malaysia

error: Content is protected !!