Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom May 1, 2020 @ 2:00pm

Enak dinikmati tatkala matahari ‘menjerit’, ini asal usul hidangan ABC di seluruh dunia yang ramai tidak tahu

Hidangan pemanis mulut yang satu ini sememangnya cukup popular di Malaysia. Selain ABC (ais batu campur), ada yang memanggilnya sebagai ais kacang atau air batu campur.

Kalaulah dapat menikmatinya pada bulan Ramadan begini atau ketika cuaca panas terik, pastinya memberikan nikmat tak terkata.

Tapi tahukah anda, ABC bukan sahaja terdapat di Malaysia, malah beberapa negara lain. Bahkan ia mempunyai sejarah yang menarik sehingga melalui pelbagai evolusi dalam menghasilkan hidangan ini.

Berdasarkan ciapan pengguna Twitter dengan nama Puan Eleena M, wanita itu berkongsi mengenai asal usul ABC termasuk aneka hidangan ini yang ada di seluruh dunia.

Baca perkongsiannya,

Sejarah air batu campur dan pelbagai jenis manisan ais kepal seluruh dunia.

Dari mana ia bermula?

Ada pelbagai panggilan khusus untuk juadah ini di setiap negara.

Di Jepun, ia disebut kakigori; manakala Korea, patbingsu; China (baobing), Filipina (halo-halo), Indonesia (es teler), Malaysia ABC (air batu campur) dan di Itali ada grettachecca.

Oleh kerana juadah ini terdapat di mana-mana, pasti ramai yang ingin tahu negara manakah yang mula dulu dalam meneroka hidangan ini?

Jadi, terus sahaja ke Empayar Rom.

Empayar Rom pada tahun 54 Sebelum Masihi, diperintah oleh seorang yang esentrik bernama Nero.

Nero pernah membakar bandar Rom dan menuduh orang Kristian yang membakarnya, sekali gus menjadikan orang Kristian sebagai kambing hitam.

Menjadi maharaja pada usia 16 tahun, jadi semua keputusannya berdasarkan mindanya yang kebudak-budakan.

Suatu hari, cuaca panas di Rom dan Nero berasa dahaga. Puas seluruh dayang istana cuba untuk memuaskan dahaganya, namun Nero tidak berpuas hati dan mengarahkan tentera untuk mengambil ais dari pergunungan Alps untuk dibawa ke Rom, sebagai minumannya.

Dengan menggunakan zink dan bahan penebat haba seperti serbuk kayu, tentera Rom berjaya membawa ais dari pergunungan Alps ke Rom yang jaraknya 700 kilometer.

(Tak boleh bayangkan berapa banyak bongkah ais yang dibawa untuk segelas kecil untuk Maharaja Nero).

Penemuan dan cara untuk menebat suhu ais ini kemudiannya menjadi popular di seluruh Empayar Rom dan di sini bermulalah juadah ais yang dituang dengan madu.

Bagaimana resipi hidangan ini tular ke Timur?

Kisahnya, Empayar Han di China sering datang berdagang di Rom.

Melihat juadah ini popular di Rom, mereka membawa balik resipi dan teknik menyimpan ais, malah maharaja China turut mengarahkan tenteranya mengambil ais di Banjaran Himalaya sebagaimana dilakukan Nero menggesa tenteranya membawa pulang ais di Banjaran Alps.

Namun, yang mempercantik dan menjadikan juadah ini lebih enak adalah orang Jepun.

Tidak seperti Rom yang hanya menggunakan madu, dan China pada zaman Han juga begitu, Jepun menaburkan pelbagai perisa seperti teh hijau, kacang merah dan tepung pulut.

Tidak seperti jarak antara pergunungan Alps dan Rom yang sejauh 700 kilometer, sementara pergunungan Himalaya ke Xi’an perlu meredah perjalanan beribu kilometer, Kyoto pula betul-betul terletak di sebelah Gunung Heie yang bersalji (pada masa itu).

Di sekeliling Jepun, terdapat gunung bersalji yang tidak memerlukan ais diangkut dengan jarak yang jauh. Ini menjadikan inovasi resipi ini lebih baik di Jepun pada zaman Heian berbanding tempat asal di Rom mahupun di China.

Ia kemudian ditambah baik lagi oleh orang Korea. Selain menggunakan kacang merah, patbingsu yang muncul pada zaman Joseon, diletakkan susu untuk menjadikan hidangan ini lebih lazat.

Sehinggalah William Cullen dari Scotland mencipta peti sejuk.

Dengan terciptanya peti sejuk, ais kini boleh dihasilkan tanpa mengambilnya dari gunung. Apabila peti sejuk ini berada di negara tropika, maka terhasillah juadah ini, dari Hawaii ke Filipina, diikuti Malaysia dan seterusnya Indonesia. Setiap negara mencipta resipi mereka berdasarkan kreativiti masing-masing.

Di Filipina misalnya, halo-halo mempunyai pengaruh kakigori. Filipina pula cenderung pada hidangan ryukyu dan Taiwan. Bezanya mereka mencipta aiskrim yang diperbuat dari keladi.

Di Indonesia ada es teler, yang menggunakan isi nangka dan kelapa muda serta santan sebagai bahan utamanya. Sementara Malaysia pula ada air batu campur yang dihiasi manisan seperti sirap, gula merah, kacang, lengkong, jagung, kacang dan susu cair.

Jelas Eleena, dia mendapatkan segala maklumat ini daripada kebanyakan buku seperti History Of Food oleh Maguelonne Toussaint Samat.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 17 Jan 2023

“Saya Terkejut…” – Nyanyian Ada Peningkatan, Khai Bahar Kagum Semangat Nabila Razali

Penyanyi Khai Bahar memuji usaha dan semangat yang ditunjukkan rakan duetnya menerusi lagu Selagi Kau Ada, Nabila Razali apabila penyanyi itu tidak mudah berputus asa dan sentiasa bersemangat untuk menjadi lebih baik. Menurut Khai, terlalu […]

Events Fri, 20 Dec 2024
Trending Wed, 15 Apr 2020
Featured Wed, 4 Sep 2019

Ketahui punca tumit kaki pecah dan merekah

Elak masalah lebih serius

Trending Wed, 1 Jan 2020

Sekarang Thailand Pula Larang Penggunaan Beg Plastik Mulai 1 Jan 2020

Selepas Malaysia sekarang Thailand ikut jejak untuk larang penggunaan beg plastik

Drama Mon, 16 Jan 2023
Hiburan Fri, 5 Jun 2026

Juliana Evans Bakal Timang Cahaya Mata Ketiga, Syukur Rezeki Keluarga Bertambah – “Tahun Ini Waktu Yang Tepat”

Juliana turut mengakui masih cuba membiasakan diri dengan hakikat bakal bergelar ibu kepada tiga orang anak.

Trending Sun, 3 Feb 2019

Bilangan Rakyat Malaysia Jadi Keldai Dadah Meningkat Dari Tahun Lepas

Makin Membimbangkan, Bilangan Rakyat Malaysia Jadi Keldai Dadah Meningkat Dari Tahun Lepas

error: Content is protected !!